Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan menerokai kemungkinan
memberikan perbicaraan adil kepada pihak yang ditahan bawah Akta
Keselamatan dalam Negeri (ISA).
Katanya,
beliau sendiri akan meneliti semula fail kes bagi menentukan sama ada
mereka boleh dibicarakan di mahkamah secepat mungkin.
Bercakap
kepada pemberita di lobi Parlimen, Hishammuddin berkata, tahanan ISA
mesti dilihat semula berdasarkan semangat pemansuhannya.
Menurut Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), kira-kira 50 orang masih ditahan bawah ISA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan