"Apa yang diperjuangkan anak-anak ini sekarang (pendidikan percuma) bukan hanya untuk diri mereka. Malah boleh dikatakan bahawa mereka bersuara untuk kita. Jadi, kami sebagai ibu tidak mempunyai alasan untuk berpeluk tubuh. Apapun kesudahannya, kami merakamkan penghargaan terhadap usaha dan sumbangan mereka."
Untuk Mamas@BERSIH 3.0, Dataran Merdeka adalah milik rakyat, dan siswa mempunyai kebebasan untuk menyampaikan pandangan mereka.
Minggu lalu, sekumpulan ibu telah melancarkan deklarasi Mamas@BERSIH 3.0, menyeru agar kaum ibu menurunkan tandatangan secara online untuk menyokong perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012. Mereka berharap lebih ramai orang menyahut seruan mereka untuk menurunkan tandatangan pada petisyen tersebut.
Sekumpulan siswa telah berhimpun pada 14 April di Dataran Merdeka, mendesak agar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan dan menuntut pendidikan percuma. Sebahagian daripada mereka berkhemah dan bermalam di situ, sehingga hari ini. Sudah beberapa kali penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) datang merobohkan khemah mereka, namun siswa tersebut tetap enggan beredar dari situ.
Ini bukan kali pertama perjuangan siswa meraih sokongan daripada masyarakat umum. Pada awal tahun ini, aktivis siswa Safwan Anang telah tercedera lantaran pertembungan fizikal antara siswa dengan polis dalam satu perhimpunan di luar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Seorang ibu telah memberikan sejambak bunga untuk Safwan sebagai tanda penghargaan ke atas perjuangan beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan