MALAYSIA KINI
Laman web Sarawak Report hari ini mendedahkan lebih banyak dokumen, didakwa daripada badan anti rasuah Hong Kong Independent Commission Against Corruption (ICAC), yang mendakwa seorang peguam Sabah mempunyai akaun bank Switzerland yang memegang hampir US$30 juta sebagai amanah kepada ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Dalam laporan terbarunya, laman itu mendakwa bahawa bukti daripada pihak berkuasa Hong Kong menunjukkan bahawa akaun itu dibuka atas nama peguam berkenaan dengan bank Switzerland, UBS di Hong Kong.
72 ulasan:
Musuh2 Datuk Musa boleh reka cerita seberapa banyak untuk menjatuhkan Datuk Musa Aman, tapi bukti tu tidak kukuh untuk mengaitkan Datuk Musa Aman. Semuanya mainan politik semata-mata.
Kalau betul lah dakwaan ni, sepatutnya dari dulu didedahkan semua dokumen2 ni. Memang nampak sangat pihak terdesak jadikan isu ni sebagai alat politik mereka.
I don't know whether to trust this or not, since this was revealed by website, not yet proven by the authorities.
Please come visit Green Sabah at: http://sabah-go-green.blogspot.com/
Berlambak 'bukti' yang ditampilkan tapi kenapa hanya diperkatakan di media? Siapa yang jadi hakim? Siapa jadi peguam??
Tiadakah komen daripada MACC? ICAC Hong Kong mempunyai integriti yang tinggi. Takkanlah mereka tidak menyiasat kes ini dengan teliti dahulu? Bukti tidak cukup untuk sabitkan Musa Aman tapi pihak tertentu sengaja kitar semula isu ini sebab PRU13 semakin hampir.
This story will be a 'hit' for a while then people will ignore it since the same story is keep on being repeated. But no actions will be taken.
Sarawak Report started the story and it is known their sources are not that reliable since they have failed to defame Taib's sister long time ago.
No one is above the law. If they are guilty, they won't be able to escape from the law. But in order to convict them, strong and enough evidence are needed. Publishing in the web only won't bring any changes.
There are many more leaders/ministers. Why Musa Aman becomes the target? Because he holds the Chief Minister for a quite long time?
maklumlah, pilihanraya umum semakin dekat...macam-macam pihak pembangkang mencari alasan untuk menjatuhkan kerajaan pucuk MA
mungkin dengan membuat fitnah terhadap Musa Aman sajalah cara terakhir pihak lawan untuk menumbangkan BN Sabah
mengapakah SPRM masih tidak bertindak jikalau benar KM terlibat dalam skandal ini?
sudah tentu ini hanya spekulasi semata-mata untuk mengelirukan rakyat
masakan SPRM masih berdiam diri dan tidak menjalankan sesi soal-siasat terhadap MA dan adiknya jikalau mereka memang terlibat dalam skandal rasuah balak
tidak hairan ini mainan politik dari pihak pembangkang untuk menjatuhkan imej Musa Aman
sudah tentu fikiran rakyat akan diracuni oleh pihak lawan supaya menentang dan menjatuhkan kerajaan BN yang diketuai oleh Musa
sebahagian rakyat yang tidak menghargai jasa Musa yang telah banyak membangunkan ekonomi Sabah sudah tentunya akan berpihak kepada parti pembangkang
dan sebahagian lagi sudah tentu akan berpihak kepada Musa...
walau apapun, biarlah SPRM dan mahkamah yang menentukan siapakah yang sebenarnya terlibat dan bersalah
This is so untrue.
macam mana agaknya Sarawak Report boleh mendapatkan maklumat sulit dari ICAC?? ada pegawai2 ICAC yang menjual semua dokumen2 itu?? atau Sarawak Report menggunakan dokumen palsu??
ICAC tidak pernah mengesahkan bahawa dokumen yang didedahkan oleh sarawak report daripada mereka..
jadi ada persoalan mengenai ketulenan maklumat daripada sarawak report...mungkin juga ianya hanya direka untuk menjatuhkan musa aman..
dan jika sarawak report yakin mereka benar, mengapa tidak dedahkan saja dokumen2 tersebut secara terbuka pada media dan orang ramai dan bukannya hanya melalui portal mereka..?
tiada pengesahan daripada MACC atau ICAC maka cerita2 ini hanya rekaan dan tindakan tidak bertanggungjawab oleh sarawak report..
dan kita jangan lah cepat percaya dengan apa yang disiarkan oleh sarawak report..
ada saja tuduhan yang dibuat buat, tapi macam biasalah, semuanya pun tiada bukti yang benar-benar kukuh.
tuduhan seperti ini tidak boleh dipercayai kerana ianya tidak berasas.
tiada satu pihak pun yang mengesahkan apa yang dilaporkan oleh Sarawak report adalah sahih, sebaliknya hanya mereka yang mensensasikan isu ini.
politik yang suka menyebarkan isu yang tidak benar adalah tidak patut diamalkan.
setiap individu harus bijak menilai dan jangan mudah terpengaruh dengan sesuatu isu yang dimainkan.
Since there is no news from the MACC nor the ICAC,then everything that was revealed in SARAWAK REPORT website is not true.
If what sarawak report said is true, then MA should had been convicted earlier based on the evidence given. But neither MACC nor ICAC make a move. Therefore, its impossible that the documents that was obtained by sarawak report is true.
apa yang didedahkan oleh Sarawak report tidak boleh dipercayai 100%. laioun ia belum lagi sahih dan boleh dipertikaikan.
ini hnya usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan Musa Aman.
selagi SPRM belum mengesahkan hal ini, kita tak perlu percaya, hnya laporan dari SPRM yang boleh dipercayai.
Rumor has it.
benarkah Aman dua-beradik ini terlibat dalam skandal rasuah balak ini..?
rakyat tidak harus mempercayai 100% apa yang dinyatakan dalam media...
biarlah SPRM menjalankan tugas mereka untuk mencari kebenaran
lagipun sudah ada kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Menteri kita..jadi, hentikanlah fitnah terhadap beliau
manalah tahu...mungkin ini hanya satu plot untuk menjatuhkan kuasa dua adik-beradik ini
atau hanyalah satu konspirasi dari pihak pembangkang untuk menumbangkan kerajaan BN
parti pembangkang tidak habis-habis hendak menjatuhkan imej KM, kalau tidak ada bukti yang kukuh janganlah menyebarkan khabar angin
maklumlah, dua adik-beradik ini memang hebat, dah sah ramai sangat musuh yang hendak menjatuhkan mereka..
jika tanpa bukti yang kukuh, dakwaan terhadap KM dan adiknya ini hanyalah khabar angin yang bertujuan untuk menjatuhkan nama baik mereka
so far, there was not enough evidence from MACC to issue a statement that the two brothers are involved in this corruption case..so, stop speculating
yang pasti Clare tidak akan masuk campur urusan pentadbiran negeri yang tidak ada kena mengena dengan dirinya? dia tidak melakukannya secara percuma, pasti ada sesuatu disebalik tindakannya itu..
bolehkah Sarawak Report menunjukkan bukti nyata daripada semua dakwaan lamannya itu? mengapa kita harus percaya laporan yang diolah seperti satu wayang untuk mengalihkan perhatian kita daripada keaslian kandungan dokumen yang dipaparkan mereka?
This is a crap.
Pasti kena rasuah itu peguam
Banyak orang nak menjatuhkannya. Janganlah kita begitu senang percayakan kata orang.
Simply absurd.
Sebanyak mana laman web ini boleh dipercayai? Mereka mengatakan maklumat mereka itu daripada MACC, tapi mungkinkah mereka mendedahkan maklumat seperti ini kepada Sarawak Report?
Sehingga perkara ini boleh dibuktikan, ini hanya satu khabar angin sahaja, baik kita tunggu dan lihat.
Semua ini cuma permainan yang direka oleh pembangkang untuk menjatuhkan Datuk Musa Aman. Apa yang pasti kita perlulah menilai sendiri mengenai pelbagai isu yang dibangkitkan. Semua ini pasti ada sebab tersendiri yang dibuat oleh pembangkang.
Tidak ada kebenaran dalam isu ini. Siapakah yang pandai-pandai mereka cerita sebegini. Harap pihak tersebut tampil dan serahkan bukti. Tidak ada guna bercakap kosong dalam media.
Datuk Musa Aman yang mana lebih memberikan yang terbaik kepada Sabah menyebabkan ada pihak yang tidak suka akan usaha dan kejayaan beliau. Bayangkan saja Datuk Musa dapat menyelamatkan Yayasan Sabah daripada bankrupt. Maka kita lihat usaha yang dibuat dan perancangan yang terbaik beliau lakukan. Maka sebagai penduduk Sabah kita perlulah menilai sendiri perkara ini dan jangan memandang satu pihak saja.
Buat apa kita percaya dengan berita ini jika tidak ada bukti yang dibawa ke mahkamah. Sedangkan Media tidak ada mengadili seseorang itu. Ini kerana semua itu terletak ditangan mahkamah untuk membuat keputusan. Media hanya tahu memberikan berita sama ada yang buruk, yang tidak benar dan tanpa ada bukti yang benar. Itulah yang sebenarnya berlaku dengan media pembangkang sekarang yang hanya suka memberikan pelbagai isu negatif yang berkaitan dengan kerajaan.
Kita sendiri sedar yang mana antara pencegah rasuah didunia ICAC adalah pencegah rasuah yang sangat tegas, tidak ada belas kasihan dan teliti dengan kes sebegini. Maka kalau benar Datuk Musa terbabit dengan kes RM40juta wang haram itu sudah lama Datuk Musa dibawa ke mahkamah kerana bagi ICAC tidak ada yang terkecuali.
Namun ICAC tidak boleh buat sedemikian kerana mereka juga ada prosuder sendiri. Hanya keluar dari mulut Michael Chia rasanya itu bukannya bukti kukuh. Jadi tanpa ada bukti ICAC tidak dapat buat apa-apa. Maka ini menandakan yang mana Datuk Musa Aman tidak terlibat dan tidak bersalah dengan kes Michael Chia. Semua itu cuma permainan dari politik pihak lain yang ingin menjatuhkan Datuk Musa Aman. Sehingga sekarang Datuk Musa tetap berjuang walaupun pelbagai permainan fitnahdi buat. Kerana beliau tahu orang yang tidak bersalah akan terus mendapat jalan yang betul.
kes Michael Chia yang ditahan di Hongkong mengenai wang haram itu tidak ada kena mengena dengan Pemimpin Sabah yang lain. Ini kerana tidak ada bukti yang mengatakan pemimpin Sabah terlibat. Cuma Michael Chia saja yang cuba mengaitkan pemimpin Sabah dalam hal ini. Maka kita tidak boleh percaya dengan cara sebegini. Setakat mana kebenarannya?? Mengenai rasuah pembalakan ini cuma mainan politik sebenarnya.
Mainan Pembangkang sebenarnya semua ini. Faham-fahamlah sekarang usaha bagi menjatuhkan seseorang dengan cara yang tidak baik. Saya tidak pasti kenapa tapi bagi pendapat saya sendiri ini adalah mungkin hanya strategi pihak tertentu untuk menjatuhkan Datuk Musa Aman. Datuk Musa dikaitkan dengan RASUAH. Kerana kita tahu Datuk Musa adalah bersih dengan segala masalah peribadi. Sebab itu isu rasuah dikaitkan dengan Datuk. Kerana isu ini senang direka-reka oleh mereka yang pentingkan diri sendiri. Namun rasanya perkara ini tidak akan menggugat sokongan rakyat kepada beliau. Sebelum ini pun pelbagai isu rasuah dikaitkan. Namun sehingga sekarang penduduk Sabah sendiri tetap memberikan sokongan kepada beliau. Ini bermakna isu rasuah yang dikaitkan dengan beliau tidak ada kesan dan menggugat sokongan penduduk Sabah.
Bukti tidak ada oo..Kalau setakat media punya itu mungkin boleh kena edit. Jadi susah juga mahu percaya. Buat apa kita percaya dengan berita ini jika tidak ada bukti yang dibawa ke mahkamah. Sedangkan Media tidak ada mengadili seseorang itu. Ini kerana semua itu terletak ditangan mahkamah untuk membuat keputusan. Media hanya tahu memberikan berita sama ada yang buruk, yang tidak benar dan tanpa ada bukti yang benar. Itulah yang sebenarnya berlaku dengan media pembangkang sekarang yang hanya suka memberikan pelbagai isu negatif yang berkaitan dengan kerajaan.
Hope there will be justice for him
Please be logic. If he wants to do this, i definitely believe he knows the law
the oppositions are out to get him, hope for the best for him
Dekat dah PRU, jadi saya tak hairan kalau Musa jadi sasaran utama.
Cuma alangkah baiknya kalau gosip sebegini tidak perlu di adakan. Ada bukti, lain cerita tapi ni bukti pun tak cukup makan:P
Si Michael Chia ni pun satu macam juga. Mahu juga kaitkan Musa dengan dirinya. Kalau betul takpa, ni sengaja saja mahu burukkan nama baik Musa.
Semoga kebenaran ditemukan. Susah lah kalau berterusan macam ni. huhu
Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah apa perkembangan seterusnya.
Catat Ulasan