Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pagi ini mengarahkan mahasiswa yang terus berkumpul di Dataran Merdeka bagi menuntut penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN), supaya membongkar khemah mereka dan beredar daripada kawasan itu.
Sebagai tindak balas kepada arahan 10 penguatkuasa itu, kumpulan mahasiswa mengalihkan kain rentang dan plakad di lantai supaya menghampiri tempat mereka berkumpul dan membongkar satu khemah.
Mereka juga membawa bekalan ke arah tempat letak kenderaan berdekatan.
"Mereka minta kami bongkar khemah, jadi kami bongkar satu. Tetapi kami tidak akan pergi ke mana-mana; kami akan tetap kekal di sini," kata akvitis Fahmi Reza yang terkenal dengan penganjuran program "Occupy Dataran".
Pagi tadi kelihatan juga anggota Dewan Undangan Negeri Terai Jenice Lee melawat kumpulan itu sambil membawa makanan dan minuman di samping kata-kata semangat.
Hari ini masuh hari keempat kumpulan mahasiswa berkhemah di dataran itu selepas perhimpunan melibatkan ratusan orang di ibu negara pada Sabtu lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan