Sabtu, 21 April 2012

Komik Beng Hock beredar di Selangor


MALAYSIA KINI
Exco Selangor Ean Yong Hian Wah mendakwa "komik fitnah" berkaitan bekas pembantunya Teoh Beng Hock yang meninggal dunia secara kontroversi kini beredar di pelbagai tempat di Selangor, terutamanya Seri Kembangan.

Katanya, komik 20 halaman dalam bahasa Mandarin dan Inggeris itu antaranya memburuk-burukkan imej mendiang dan pemimpin Pakatan Rakyat dan mengandungi kisah kematiannya yang diputarbelit.

"Ini merupakan satu lagi projek politik kotor yang dimainkan oleh pihak tertentu sebelum pilihan raya ke-13 untuk menjatuhkan maruah Teoh Beng Hock dan nama baik peminpin Pakatan," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Ean Yong juga berkata, komik itu melanggar Akta Pencetakan dan Penerbitan 1984 kerana tidak meletakkan nama penerbitnya bersama.

"Jikalau apa yang terkandung dalam buku ini adalah benar, mengapa pihak penerbitan buku ini tidak berani untuk mendedahkan diri?" soalnya.

Tiada ulasan: