Rabu, 11 April 2012

Koboi moden ke pejabat di Alor Setar

KL TODAY



Selain menggunakan pengangkutan moden, kontraktor elektrik Mohd Sabri Salleh, 51, juga menunggang kuda ke tempat bekerja. “Saya sukakan haiwan ini dan memilih untuk menunggang ke tempat kerja untuk kemudahan.

”Saya juga boleh mendapatkan senaman yang baik berbanding berjoging dan ianya mesra alam.”Saya meninggalkan kuda di kandang di padang Taman Jubli Emas dan berjalan kaki ke pejabat saya yang berhampiran. Saya mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri untuk membina kandang sementara di padang.

“Biasanya saya pergi membuat pemasaran juga dengan menunggang kuda. Kuda saya tidak banyak ragam dan tidak takut kenderaan kerana kandang terletak di sepanjang jalan raya yang sibuk.

“Saya melakukan ini kerana mendapati bahawa menunggang kuda sebenarnya adalah baik untuk kesihatan. Saya pernah mempunyai sakit belakang, tetapi sejak saya mula menunggang, masalah tersebut telah hilang,” kata Mohd Sabri.

Bapa kepada empat orang anak dari Kampung Baru Tambak Bunga di sini memiliki tiga ekor kuda; Golden, Blue Fox, dan American Navy. Semua dibeli dari Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

“Setiap seekor berharga antara RM8,000 dan RM10,000. Kuda baru akan menelan kos kira-kira RM100,000,” katanya.

“Saya belajar kemahiran menunggang dan pengetahuan mengenai kuda di kelab,” katanya.

Pada petang itu, beliau menawarkan orang awam menunggang kuda dengan bayaran yang minimum.

“Saya mengenakan bayaran RM3 untuk kanak-kanak dan RM5 untuk orang dewasa,” kata Mohd Sabri.

“Ia bermula sebagai hobi tetapi saya perlu mengenakan bayaran untuk orang menunggang kuda saya kerana kos penjagaan agak tinggi kira-kira RM1,000 bagi setiap kuda, setiap bulan,”katanya, sambil menambah bahawa kadang-kadang dia boleh mendapat sehingga 500 orang penunggang kuda dalam sebulan.

Tiga anaknya Mohd Rais, 21, Nur Syazwan, 20, dan Mohd Raimi, 15, semuanya penunggang kuda yang baik.

“Anak bongsu saya Mohd Rayyan, masih terlalu muda untuk menunggang tetapi apabila dia sudah cukup besar, saya berharap untuk mengajarnya.

“Menunggang kuda merupakan hobi yang baik. Ia membantu mengeratkan hubungan keluarga dan saya mendapat banyak kawan baru,” kata Mohd Sabri.

Tiada ulasan: