KUALA LUMPUR— Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini menafikan dakwaan rasuah yang mengaitkan dirinya dengan skandal rasuah pembalakan bernilai RM400 juta seperti mana yang didedahkan dalam Sarawak Report baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan, pemimpin Umno ini juga menafikan mempunyai apa-apa kaitan dengan pengusaha balak Sabah Michael Chia, individu yang telah ditahan dan didakwa mengubah wang haram selepas cuba menyeludup masuk SGD16 juta (RM40 juta) ke Malaysia pada 2008.
Menurut laporan media, Chia dikatakan memberitahu pihak berkuasa Hong Kong bahawa wang itu adalah kepunyaan Musa.
“Saya nafikan semua tuduhan ini. Saya mahu katakan sekali lagi yang saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan individu bernama Michael Chia,” kata Musa (gambar) dalam kenyataan hari ini.
Musa sebaliknya menuduh Sarawak Report berniat jahat, mendakwa tuduhan rasuah itu mungkin sebahagian daripada konspirasi yang mahu menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.
“Malangnya terdapat pihak di luar sana yang akan terus mengitar semula tuduhan-tuduhan seperti ini apabila pilihan raya semakin dekat.
“Rakyat Sabah boleh buat keputusan berdasarkan rekod prestasi saya. Bukan mereka yang tidak dikenali dan tidak bernama yang menggunakan blog untuk berkhidmat demi kepentingan politik mereka,” katanya.
Bagaimanapun Musa menambah bersedia memberikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa jika perlu namun menegaskan pada masa sama mahu memberikan fokus kepada negeri pimpinannya.
Sarawak Report minggu lalu mendakwa mempunyai dokumen penglibatan Musa dan adiknya Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam skandal balak bernilai jutaan ringgit.
Awal minggu ini, pemimpin PKR mendakwa perkara yang sama, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesyorkan pendakwaan ke atas kedua-dua adik-beradik itu namun ia dihalang Jabatan Peguam Negara.
Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan Timbalan Setiausaha Agung PKR Darell Leiking turut memberikan tempoh selama seminggu kepada kerajaan BN untuk mengarahkan Musa dan Anifah mengambil cuti sementara daripad tugas mereka dan menggantung Peguam Negara Tan Seri Abdul Gani Patail, yang juga dikatakan turut terlibat dalam skandal itu.
25 ulasan:
The Malaysian Chronicles telahpun memadam semua komen yang telah dihantar oleh para pembaca mengenai Musa Aman. Ini dengan jelas menunjukkan amalan diskriminasi dan berat sebelah TMC. Laman berita TMC ni memang tidak boleh dipercayai.
Tidak hairan, sebab PRU13 semakin dekat. Sudah tentu musuh2 politik beliau akan terus berusaha untuk menjatuhkan beliau. Mereka semakin terdesak. Dan cuba memecah belah sokongan rakyat kepada KM.
tidak menghairankan dekat2 pilihanraya, isu2 lama yang telah selesai dimainkan semula oleh pihak2 tertentu..
musa tidak terlibat dalam apa2 rasuah seperti yang didakwa oleh sarawak report.
musa juga berkata akan memberikan kerjasama sekiranya perlu namun beliau harus fokus kepada tanggungjawabnya sebagai KM sabah..
mungkin atas rekod musa yang cemerlang sebagai KM sabah, maka ada pihak yang cemburu dan cuba menjatuhkan kredibiliti musa selaku KM sabah.
rakyat haruslah bijak menilai...dan jangan cepat percaya dengan apa yang disiarkan oleh sarawak report..
jangan terima bulat-bulat setiap tuduhan itu..mungkin tuduhan ini untuk jejaskan imej Musa.
setuju dengan Mike, rakyat harsu bijak menilai sesuatu isu itu.
apa pun, tiada bukti untuk kaitkan Musa terhadap isu ini.
Musa telahpun menafikannya, lagipun bukti kukuh tiada dalam dakwaan ini.
Jika Ketua Menteri Musa Aman terlibat dalam rasuah, Sabah akan muflis sekarang. Tetapi sebaliknya, beliau telah memberikan keuntungan kepada Sabah lebih 1 bilion setiap tahun sejak beliau mengambil alih tampuk kerajaan negeri.
berita2 yang disebarkan oleh Sarawak report tak boleh dipercayai, sebelum ini pun byk cerita palsu mereka sebarkan.
hnya laporan dari SPRM berhubung hal ini sahaja boleh dipercayai, namun hingga kini belum ada sebarang laporan dari SPRM.
Khabar angin mengenai Datuk Anifah Aman disiasat dibawah kes Rasuah pembalakkan. Khabar angin ini sebenarnya direka-reka saja. Yang terbaru Datuk Anifah Aman telah membuat penafian berhubung kenyataan ini yang mana beliau tidak pernah pun disiasat oleh SPRM. Tambahan lagi beliau terkejut dengan kenyataan tersebut.
Datuk Musa dan Datuk Anifah menafikan semua apa yang diperkatakan itu. Ini bermakna tidak ada kebenaran dalam isu ini. Siapakah yang pandai-pandai mereka cerita sebegini. Harap pihak tersebut tampil dan serahkan bukti. Tidak ada guna bercakap kosong dalam media. Mainan kotor ini memang tidak patut dilakukan. Dua pemimpin ini memang tidak sangka ada pihak yang sanggup melakukan sebegini hanya kerana isu politik semata-mata.
Datuk Musa Aman yang mana lebih memberikan yang terbaik kepada Sabah menyebabkan ada pihak yang tidak suka akan usaha dan kejayaan beliau. Bayangkan saja Datuk Musa dapat menyelamatkan Yayasan Sabah daripada bankrupt. Maka kita lihat usaha yang dibuat dan perancangan yang terbaik beliau lakukan. Maka sebagai penduduk Sabah kita perlulah menilai sendiri perkara ini.
Maka kalau benar Datuk Musa terbabit dengan kes RM40juta wang haram itu sudah lama Datuk Musa dibawa ke mahkamah kerana bagi ICAC tidak ada yang terkecuali. Namun ICAC tidak boleh buat sedemikian kerana mereka juga ada prosuder sendiri. Hanya keluar dari mulut Michael Chia rasanya itu bukannya bukti kukuh.
tanpa ada bukti ICAC tidak dapat buat apa-apa. Maka ini menandakan yang mana Datuk Musa Aman tidak terlibat dan tidak bersalah dengan kes Michael Chia. Semua itu cuma permainan dari politik pihak lain yang ingin menjatuhkan Datuk Musa Aman. Sehingga sekarang Datuk Musa tetap berjuang walaupun pelbagai permainan fitnahdi buat. Kerana beliau tahu orang yang tidak bersalah akan terus mendapat jalan yang betul.
Yang pasti kes yang melibatkan Michael Chia yang ditahan di Hongkong mengenai wang haram itu tidak ada kena mengena dengan Pemimpin Sabah. Ini kerana tidak ada bukti yang mengatakan pemimpin Sabah terlibat dalam kes ini. Cuma Michael Chia saja yang cuba mengaitkan pemimpin Sabah dalam hal ini. Maka kita tidak boleh percaya dengan cara sebegini
Yang pasti kes yang melibatkan Michael Chia yang ditahan di Hongkong mengenai wang haram itu tidak ada kena mengena dengan Pemimpin Sabah. Ini kerana tidak ada bukti yang mengatakan pemimpin Sabah terlibat dalam kes ini. Cuma Michael Chia saja yang cuba mengaitkan pemimpin Sabah dalam hal ini. Maka kita tidak boleh percaya dengan cara sebegini
tidak sangka ada juga pihak yang terdesak guna isu recycle untuk menghadapi pilihanraya yang bakal dilaksanakan tahun ini..
kalau betul dakwaan atau tuduhan puak2 terdesak ini, cuba la dedahkan dokumen original.. dokumen2 yang terpampang di media bukan semuanya boleh dipercayai.. sedangkan wajah manusia boleh diubah, inikan pula sekeping dokumen..
cepat betul Rafizi ambil isu ini untuk menaikkan populariti beliau.. tapi kenapa beliau tidak bongkar skandal pasir selangor?? kenapa tidak dedahkan salahguna kuasa oleh MB selangor dalam penggunaan dana awam untuk membiayai kos guaman adun seri muda??
apa agenda Sarawak report yang dipancarkan diluar negara dan dimiliki oleh warga asing?? sudah tentu mereka tidak melakukan kerja2 mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Malaysia tanpa sebarang sebab atau 'pengeras'..
Catat Ulasan