Selasa, 3 April 2012

Ketua wira PERKASA nafi tendang jurukamera k'jaan P Pinang

MALAYSIA KINI

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang hari ini menyangkal dakwaan ada anggotanya menendang kaki seorang jurukamera kerajaan negeri pada satu perhimpunan Jumaat lepas.

Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata pertubuhan itu juga menimbang kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap jurukamera terbabit dan portal berita Malaysiakini yang menyiarkan laporan berhubung dakwaan tersebut.

"Saya menafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya. Ini ternyata ada pihak ketiga cuba menjatuhkan reputasi saya. Kenapa menuduh saya dan Perkasa," katanya yang ditemui pemberita di George Town.

Mohd Rizuad sebelum itu membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dibuat Lilian Chan dan dilapor Malaysiakini bahawa beliau ditendang dua kali pada bahagian kaki oleh seorang anggota PERKASA di perhimpunan anjuran pertubuhan tersebut di George Town Jumaat lepas.

"Adakah dia (Lilian) pasti saya atau ahli PERKASA yang menendang dia?," kata Mohd Rizuad. Bernama

Tiada ulasan: