Rabu, 4 April 2012

Kes dakwaan tipu Pengarah NFC ditangguh sehingga Julai

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan penangguhan perbicaraan kes dakwaan menipu ke atas Datuk Shamsubahrin Ismail dan menetapkan pendengaran kes berkenaan pada 16 hingga 27 Julai.

Penangguhan itu dibenarkan untuk membolehkan pendakwaan dan pembelaan menunggu keputusan permohonan oleh peguam Shahsubahrin untuk menggugurkan atau meringankan dakwaan.

Ketua pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Abdul Razak Musa, memaklumkan perkara tersebut kepada mahkamah hari ini.

Abdul Razak berkata, pendakwaan memerlukan masa untuk mengesahkan transkrip SMS di antara Shamsubahrin dengan pengerusi National Feedlot Corporation, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail.

Peguam Shamsubahrin, Datuk Sallehuddin Saidin berkata anak guamnya itu telah memberikan kenyataan dan menyerahkan telefon bimbit serta salinan transkrip berkenaan kepada SPRM.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa permohonan untuk menggugur dan meringkan dakwaan itu telah dihantar kepada SPRM dan hakim memerlukan masa untuk menilainya.

Hakim Rozilah Salleh kemudiannya membenarkan penangguhan itu dan menetapkan kes berkenaan disebut pada 21 Mei.

Shamsubahrin, 45, memohon dibicarakan atas dua tuduhan menipun mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau dituduh menipun Mohamad Salleh supaya menyerahkan dua cek bernilai lebih RM1.755 juta di Solaris Mont Kiara antara 25 November dan 6 Disember 2011.

Beliau juga didakwa menipu Mohamad Salleh pada 20 November 2011 dengan menjanjikan untuk menyedia "khidmat perundingan" untuk satu bayaran, walau mengetahui bahawa beliau tidak dapat menjalankannya.

Tiada ulasan: