Isnin, 9 April 2012

Isu lesen balak: Anifah nafi disiasat SPRM

Menteri luar, Datuk Seri Anifah Aman mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati beliau secara rasuah telah menerima lesen balak daripada abangnya yang juga ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

MP Kimanis itu berkata, dakwaan "terdesak" itu telah diada-adakan oleh pihak berkenaan.

Dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini, beliau berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

Ditanya sekiranya beliau telah disiasat SPRM, Anifah menafikan perkara itu dan itulah kali pertama beliau mendengar mengenai dakwaan seperti itu.

Beliau mengulas laporan laman web Sarawak Report, Khamis lalu yang mendakwa mendapat dokumen bocor SPRM yang mendakwa demikian.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pasti memang benar ada usaha pihak2 tertentu untuk menjatuhkan beliau memandangkan baru2 ini juga beliau disuruh untuk berundur sebagai MP Kimanis. Pihak yang terbabit pasti akan menggunakan apa saja poin untuk menjatuhkan beliau.

Tanpa Nama berkata...

hal ini belum tentu lagi benar. pasti ada usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan mereka.

Tanpa Nama berkata...

selagi tidak ada bukti jgnlah percaya.

mike berkata...

biasalah dekat2 pilihanraya macam2 cerita timbul.

mike berkata...

seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dalam mahkamah..

samm berkata...

setuju dengan mike, selagi tidak dibuktikan bersalah maka seseorang itu tidak bersalah.

samm berkata...

inilah politik, tiada bukti pun isu itu tetap dijadikan alat politik.

samm berkata...

jika tiada bukti, isu ini harslah dihentikan.

Unknown berkata...

Itulah kebenaran dalam kes ini. Yang sebenarnya Datuk Anifah Aman tidak pernah pun disiasat oleh SPRM dalam kes Rasuah yang dinyatakan itu. Jika tidak sudah lama Datuk Anifah keluar dalam akbar. Tapi semua itu tidak tepat sama sekali. Semua itu adalah khabar angin daripada pihak yang tidak bertanggungjawb yang ingin menjatuhkan Datuk Musa dan juga Datuk Anifah Aman.

Sotong Kurita berkata...

memandangkan beliau telah menafikan tuduhan ini, cuba ajukan pula soalan ini kepada Yong Teck Lee.. bagaimana YTL boleh meluluskan lesen pembalakan kepada 265 kroninya bagi hutan seluas 5 kali ganda keluasan Singapura??