Isnin, 2 April 2012

‘Hasan Ali wajib serahkan video murtad kepada agensi agama’ kata Dr Rani


KUALA LUMPUR— Dr menegaskan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali “wajib” menyerahkan video bukti gejala murtad yang dimilikinya kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjut termasuk menentukan kesasihan video itu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insder, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru ini berkata video yang didedahkan Hasan dalam satu sidang media khas pagi tadi disiasat dengan terperinci dan tindakan perlu diambil sekiranya benar.

Pada sidang media pendedahan video murtad itu Hasan berkata pihaknya mempunyai tiga versi video berkenaan dan hari ini beliau hanya mendedahkan dua daripada tiga video tersebut dengan durasi 16 dan 42 minit yang menayangkan pengakuan sepasang suami isteri yang telah kembali kepada Islam selepas murtad.

“Wajib serahkan...memang patut kerana pihak berkuasa agama ada kuasa untuk siasatan dan mengambil tindakan, (Hasan) wajib bagi.

“Jais perlu lakukan sisatan terperinci kerana isu murtad ini perlu ditangani. Jais juga perlu kaji perkara ini agar tidak berulang,” kata Dr Rani.

Pada sidang media pagi tadi, Hasan, Adun Gombak Setia berkata tidak menolak untuk menyerahkan video bukti gejala murtad itu kepada Jais sekiranya agensi agama itu memerlukannya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata agensi agama negeri termasuk Jais mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana gerakan yang terlibat dalam kegiatan Kristianisasi.

Beliau menambah pihaknya masih belum mendapat maklumat daripada Jais tentang video murtad yang didedahkan Hasan.

“Saya lihat gerakan ini ada, tidak dinafikan...tapi kita berhati-hati takut salah tuduh. Kalau nak tuduh orang memesongkan umat Islam perlu ada bukti yang cukup, yang penting masyarakat perlu tahu gerakan ini wujud.

“Kalau kita lihat sasaran gerakan ini adalah orang yang rapuh akidah dan yang mempunyai masalah kemiskinan. Kalau ada bukti tindakan perlu diambil kerana agensi agama ada peruntukan itu,” katanya.

Menyedari pertikaian akan berlaku, Mashitah menegaskan semua pihak perlu memandang positif isu kegiatan Kristinasi menambah ia bukan isu perkauman tetapi agama.

“Memang ada pertikaian berlaku tapi ambil positif...ini bukan masalah perkauman tetapi agama, saya tidak lihat isu ini perlu dilihat dari sudut perkauman,” katanya.

Beliau menambah video bukti milik Hasan perlu diserahkan kepada Jais dengan segera.

“Jais perlu siasat sama ada video itu benar atau tidak supaya kita tak salah. Siasat sejauh mana kebenaran video itu. Kemudian jumpa individu dalam video itu untuk tahu maklumat mereka,” katanya.

Sementara itu, Jais ketika dihubungi berkata isu murtad bukan di bawah bidang kuasa agensi itu tetapi Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Murtad di bawah Mais, Jais tiada kuasa penuh,” kata pegawai Jais.

Tiada ulasan: