Ahad, 8 April 2012

Gambar Rosmah tersipu malu popular minggu ke-14

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Gambar daripada blog addin77.blogspot.com sememangnya popular di kalangan pembaca Harakahdaily apabila sekeping gambar Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tersipu malu di depan mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang dipetik daripada blog beliau sekali lagi menjadi artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-14.

“Ingatkan Rosmah tak tahu malu, rupa-rupanya ada perasaan malunya.. Inilah sikap isteri pemimpin Wasatiyah no. 1 negara.. Kah Kah Kah,” tulis addin77 di blognya.

Pada tangga kedua juga merupakan sekeping gambar yang dipaparkan di naimnikmat.blogspot.com yang menyindir polis Malaysia dengan dibandingkan dengan sekeping gambar polis di Kanada ditembak senapang air.

Satu jawapan bertulis Kementerian Dalam Negeri di parlimen yang penuh dengan kesalahan matematik tahap sekolah rendah menjadi artikel ketiga terhangat dibawa minggu lepas.

Di tangga keempat pula ialah berita mengenai insiden memalukan parlimen Malaysia di mana Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin bertindak meluluskan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa bahas.

Gambar terhangat minggu ke 13 berkenaan situasi pada ceramah Umno yang dipaparkan sebagai contoh wasatiyyah yang dianjurkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak terus unggul minggu ini di tangga ke 5.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 1 hingga 7 April, 2012.


1

Gambar Rosmah Mansor tersipu malu depan Harussani

2

Inilah beza polis Malaysia dengan Kanada

3

LAWAK!!! Jawapan bertulis di parlimen...

4

Insiden di Dewan Rakyat memalukan - Mahfuz

5

Gambar ceramah Umno terhangat minggu ke-13

6

Shahril masuk PAS masih bertaraf berita angin

7

Pegawai kumpulan Profesional terlibat koyak Harakah

8

Kehadiran saya tidak penting, bukan murtad - Dr Rani

9

Pecat Anwar: Nalla dedah dirinya 'bapa ayam'?

10

Pendedahan Mahfuz serius, hukum pengkhianat negara

Tiada ulasan: