Selasa, 24 April 2012

Empat lagi ditahan cuba pasang khemah di Dataran

 
 
Empat orang lagi ditahan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) apabila para aktivis cuba memasang khemah baru di Dataran Merdeka selepas kemah mereka sebelum ini dirampas dalam satu serbuan DBKL pagi ini.

NONEPengerusi kumpulan pelajar - Bangkit Malaysia - Mohd syahid Mohd
Zaini berkata, dua pelajar dan dua aktivis yang ditahan itu dibawa ke ibupejabat polis daerah Dang Wangi.

"Kami cuba memasang khemah baru apabila pegawai DBKL datang untuk menghalang kita.

"Berlaku pergelutan dan empat orang ditahan," kata syahid.
Mereka yang ditahan ialah pelajar Ekhsan Bukharee Badarul Hisham dan Muhammad Aliff Hafiz Zainuddin serta aktivis Saiful Buhari Ramlan dan Karim Abdullah.

Tiada ulasan: