Rabu, 18 April 2012

Dira di hospital, nafi minum peluntur

KL POS

 

Pengacara rancangan hiburan tempatan, Melodi iaitu Dira Abu Zahar mengaku berada di hospital pada hari Ahad yang lepas di hospital kerajaan di Hospital Serdang, namun menafikan ia disebabkan cubaan membunuh diri dengan meminum cecair peluntur pakaian.Dia didakwa telah cuba membunuh diri dengan meminum peluntur pada hari Ahad yang lepas. Ada saksi yang melihat kelibatnya dimasukkan ke wad kecemasan disamping ada keluarga terdekat ketika itu dengan keadaan yang lemah dah mengalami muntah yang banyak, namun memberikan kenyataan yang berbeza.

“Saya berada di hospital berkenaan kerana mempunyai gastrik. Ianya penyakit keturunan, adik beradik saya keempat-empatnya mempunyai masalah yang sama. Nasib tidak menyebelahi apabila pada hari Ahad yang lepas saya dimasukkan ke wad akibat dari masalah tersebut. Tambahan pula, saya memiliki tekanan darah rendah, doktor memberitahu perkara ini terjadi di akibatkan tekanan kerja yang saya hadapi.

Ketika kejadian, jika ada yang melihat saya, saya tidak berapa pasti kerana ketika itu saya tidak sedarkan diri dan tidak tahu apa yang berlaku seterusnya. Yang pasti saya telah dimasukkan ke wad,”ujarnya.

Apabila diajukan pertanyaan mengenai dia dimasukkan ke wad kecemasan akibat dari masalah tekanan lantas meminum peluntur, dia menafikan sekeras-kerasnya dan seperti mahu memarahi pihak wartawan yang cuba mendapatkan pengesahan darinya.

“Perkara ini yang membuatkan saya tertekan. Saya mempunyai masalah gastrik dan apabila ditahan wad, doktor memberitahu saya ada appendix pula. Tiada kena mengena dengan meminum bahan peluntur. “jelasnya dengan tegas.

Walau bagaimanapun, keadaan pengacara dan juga pelakon popular ini beransur pulih apabila dia telah dibenarkan keluar dari hospital pada hari Isnin yang lalu.

Dira atau nama sebenar, Khaidhirah Abu Zahar pernah terlibat dalam kes pergaduhan di dalam sebuah kelab di ibu negara baru-baru ini namun tetap menafikan perkara tersebut walaupun ternyata bukti tidak menyebelahi dirinya.

Tiada ulasan: