Pertama
kali dalam tempoh 22 tahun, persidangan Parlimen mencatat sejarah
apabila Dewan Rakyat ‘menggantung’ masa bagi membolehkan semua aturan
urusan mesyuarat dan usul diselesaikan.Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Peraturan
Mesyuarat 90(2) digunakan bagi menggantung Peraturan Mesyuarat 12 yang
menyatakan semua aturan mesyuarat mesti diselesaikan pada hari yang
sama.
“Perkara
ini tidak pernah terjadi sejak saya telibat dalam hal ehwal Parlimen,”
katanya kepada pemberita di Parlimen di sini, Jumaat.
Difahamkan pertama kali kejadian yang sama berlaku ketika pengisytiharan darurat di Kelantan pada 1977.
Mohamed
Nazri membentangkan usul tersebut sebelum menjelang tengah malam ketika
Dewan Rakyat sedang membahaskan Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan
Perkhidmatan (Pindaan) 2012 untuk bacaan kali kedua.
Ketika usul itu dikemukakan, terdapat 34 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), 17 (pembangkang) dan seorang wakil rakyat Bebas masih berada di dalam Dewan Rakyat yang dipengerusikan Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Hingga berita ini ditulis, Dewan Rakyat masih sedang membahaskan Rang Undang-Undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.
Mengikut
senarai aturan mesyuarat, Dewan Rakyat perlu meluluskan rang
undang-undang tersebut serta lima lagi usul Kementerian Kewangan
sebelum sesi Parlimen bagi penggal ini ditangguhkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan