Selasa, 10 April 2012

Dayangku Intan sertai Wanita PKR

KL TODAY



Penyanyi Dayangku Intan, yang popular dengan lagu ‘Semakin Rindu Semakin Sayang’ mengesahkan menyertai KEADILAN pada majlis Makan Malam WANITA KEADILAN hujung minggu lalu.Beliau menyifatkan penyertaannya ke dalam KEADILAN sebagai satu perjuangan yang perlu dilaksanakan sebagai seorang rakyat Malaysia.“Saya rasa ini perjuangan yang harus kita buat. Pada rakan-rakan kita yang lain perjuangan saya ini rasa kurang pintar, mereka salah,” katanya.

Beliau juga tidak risau tentang tanggapan bahawa penyanyi dan pelakon akan sukar mendapat peluang berlakon dan menyanyi apabila orang ramai melihat mereka aktif dengan parti politik selain daripada Umno.

“(senyum) Rezeki Allah yang bagi. Pada artis-artis, mungkin mereka takut tapi dalamilah perkara yang sebenar.

“Kawan-kawan saya, ada banyak kekecewaan (tentang sistem pentadbiran negara) yang tak boleh diluahkan. Jangan takut kita menegakkan kebenaran” katanya.

Beliau turut menyeru rakan-rakan seniman yang lain untuk terlibat secara lebih aktif dalam usaha membaiki negara melalui landasan politik.

“Saya mohon kita semua perjuangkan keadilan dan kita semua inginkan pembaharuan untuk semua, untuk anak-anak untuk ibu, untuk negara,” katanya.

Sebelum ini, penulis lirik dan pelawak Bob Lokman turut memilih untuk terlibat dengan Pas. Beliau kini sering menjadi pengacara majlis untuk ceramah-ceramah Pas.

Tiada ulasan: