Isnin, 9 April 2012

Daftar Pemilih di Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) – Beberapa Nama Telah Berjaya DIKLONKAN?

Staff Berita Semasa

Daftar Pemilih Online Daftar Pemilih di Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)   Beberapa Nama Telah Berjaya DIKLONKAN?


Sudah beberapa kali rakyat Malaysia yang bakal “bersiap siaga” untuk hadir bagi menentukan masa depan dan halatuju pemerintahan di Malaysia untuk tempoh 5 tahun yang akan datang dalam Pilihanraya Umum ke 13, telah disuapkan dengan cerita dan berita yang kononnya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menipu dalam daftar pemilih. Di mana kebenarannya?

Acapkali kami mendengar dan memerhatikannya. Tetapi selagi tiada rujukan dan bukti untuk dijadikan sandaran, kami sama sekali tidak akan mengeluarkannya di Berita Semasa. Dan….kami tidak mahu menuduh SPR semata, tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) perlu menjawab isu terbaru ini. Dan baru-baru ini, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH dan saintis politik Wong Chin Huat ada mendedahkan beberapa nama pengundi dijadikan pengundi “KLON” yang akhirnya nanti akan bertindak sebagai pengundi hantu.

Daftar Pemilih 2012 Baru Daftar Pemilih di Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)   Beberapa Nama Telah Berjaya DIKLONKAN?

Sumber : lamanweb semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Apa yang boleh anda perhatikan daripada paparan gambar di atas ini? Ada 2 pengundi di atas ini dan antara yang dipertikaikan adalah :

  • Bagaimana 2 pengundi ini boleh memiliki kad pengenalan lama yang sama dan juga alamat lama yang sama tetapi kad pengenalan yang berbeza

Selain daripada contoh dia atas beberapa cara dan kaedah lain yang boleh digunakan untuk membolehkan “pengundi KLON” ini berjaya untuk mengundi lebih daripada sekali. Antaranya kaedahnya ialah :

  • Pengundi yang mempunyai nama yang sama, tetapi nombor kad pengenalan baru yang digunakan adalah sedikit berbeza
  • Nama yang sama, tetapi tarikh lahir yang digunakan adalah sedikit berbeza pada nombor kad pengenalan baru
  • Pengundi pos mempunyai nama yang sama tetapi nombor kad pengenalan yang sedikit berbeza

Jikalau benarlah pilihanraya Umum ke 13 semakin hampir, sepatutnya masalah-masalah seperti ini perlu diatasi dengan segera, melainkan ada “tangan-tangan halus” yang mahu menipu dalam Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Nauzubillah. Harap-harap dijauhkan kes-kes jenayah sebegitu rupa dalam badan SPR yang semestinya kalangan pengundi mengharapkan SPR menjadi satu badan yang bebas dan telus dalam menjalankan tugas. Minta SPR menjawab dengan telus isu ini.

SPR tidak boleh hanya mengatakan yang mereka telus dalam menjalankan amanah, sebab kepercayaan daripada kalangan rakyat Malaysia tidak boleh hanya bersandarkan kepada pertuturan semata tetapi mestilah disusuli dengan perbuatan yang betul.

Adakah tugas kalangan orang politik dan rakyat Malaysia perlu terus-menerus memeriksa hasil kerja yang sepatutnya diuruskan dengan sendiri oleh kakitangan dan pengurusan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)? Berapa lama lagi tempoh yang diperlukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk membersihkan daftar pemilih yang ada pada hari ini?

P/S : Ini antara yang berjaya dikesan, yang lain-lain?

Tiada ulasan: