Harakahdaily, | |
KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (gambar) mendakwa line up calon yang diketengahkan di negeri itu pada pilihan raya umum nanti bukan sahaja line up boleh menang tetapi juga 'menampakkan memang nak menang'.
"Calon yang kita kemukakan kali ini bukan setakat winable candidate malah orang tengok pun akan nampak yang kita memang nak menang," katanya ketika ditemui Harakahdaily, semalam.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu juga berkata, setakat ini boleh dikatakan keseluruhan calon di negeri itu sudah selesai.
Ditanya tahap kesediaan PAS negeri itu berdepan pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut Jun ini, Abdul Wahid berkata, ianya boleh dinilai dari manifesto yang dilancarkan baru-baru ini.
"Kita antara negeri paling awal dedah 10 manifesto awal kita berbanding negeri-negeri lain.
"Insya Allah kita bersedia," katanya lagi.
Mengulas soal peluang untuk PAS kembali semula memerintah negeri itu, Abdul Wahid yang juga Adun Wakaf Mempelam berkata soal kalah menang adalah perkara kedua.
Lebih penting katanya, jentera PAS negeri itu perlu bekerja semaksima mungkin dan menggunakan segala ruang yang ada untuk memberi kemenangan kepada parti.
"Yang penting, gerak kerja kita biar puas hati dulu, lepas tu kita pakat-pakat doalah," katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan