Setiausaha
agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata parti itu masih belum
menetapkan sama ada akan mengadakan satu lagi sesi pembentangan kad
laporan ahli parlimennya.
"Kalau kita perlu MP bentang balik masalah di kawasan mereka, kita akan minta dia bentang balik.
"Jika ada, mungkin kita akan panggil mereka secara individu," katanya ketika ditemui selepas satu sidang medianya hari ini.
Pembentangan kad laporan itu dijangka memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi BN untuk menilai kekuatan parti itu sebelum mengadakan pilihan raya umum ke-13.
Pusingan pertama pertemuan empat mata Najib dengan ahli parlimen berkenaan berlangsung pada awal tahun lalu, melibatkan seramai 105 orang wakil rakyat BN.
Pertemuan yang dijalankan empat bulan sebelum pilihan raya negeri Sarawak 2011 itu turut memberi peluang kepada setiap wakil rakyat berkenaan untuk mengemukakan masalah serta strategi bagi mengekalkan kemenangan di kawasan mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan