AJK Umno Pengerang, Abdul Kader Basok berkata, jika BN masih meletakkan calon yang sudah dua atau tiga kali bertanding, orang muda akan tolak.
JOHOR BARU: Pemimpin akar umbi Umno di negeri Johor menyuarakan kebimbangan jika BN meletakkan ‘orang tua’ bertanding dalam pilihan raya umum ke 13.
Mereka bimbang orang tua’ itu ditolak oleh pengundi muda terutama yang berpendidikan tingi.
AJK Umno Pengerang, Abdul Kader Basok berkata, jika BN masih meletakkan calon yang sudah dua atau tiga kali bertanding, orang muda akan tolak.
“Kalau yang duduk di tempat lain, balik seminggu sekali, orang muda pun akan tolak juga. Mereka hendak pemimpin yang serius dan muda,” katanya.
Abdul Kader menambah, jika BN masih meletakkan calon yang beberapa kali menang, pengundi muda akan menolak BN.
Kaedah terbaru
Katanya, rata-rata pengundi muda tidak berminat dengan calon lama.
Rosli Ahmad dari Umno Tebrau berkata, apa yang berlaku di Johor ialah pengundi muda masih berbelah bahagi dengan BN.
Katanya, ia berlaku kerana program Umno untuk orang muda sama sahaja seperti 10 tahun lalu.
“Umno perlu memikirkan kaedah terbaru untuk menarik sokongan pengundi muda, bukan hanya dengan cara lama yang ketinggalan zaman.
“Jika masih menggunakan kaedah lama, pengundi muda ini akan lari ke pembangkang,” tambahnya.
Dalam pilihan raya umum lalu, Pakatan Rakyat menang enam kerusi dan satu kerusi Parlimen iaitu Bakri oleh DAP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan