Sabtu, 21 April 2012

Bersih pacak bendera di Gunung Everest

Oleh: Masdar Wahid


KUALA LUMPUR : Sekumpulan individu yang menyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 akan memacak bendera Bersih dan beberapa plakad di Gunung Everest, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah.

Beliau bagaimanapun enggan memberi jumlah yang mendaki gunung untuk mempacak bendera Bersih kerana maklumat lanjut akan hanya diumum pada 28 April ini di Dataran Merdeka.

“Sekumpulan individu ini sudah pujn bergerak sejak 16 April lalu dan mereka ke sana kerana tidak dapat menyertai himpunan Bersih pada 28 April ini.

“Tindakan ini sebagai tanda sokongan mereka kepada himpunan Bersih 3.0 dan menunjukan kepada dunia bahawa sistem pilihan raya di Malaysia tidak bersih,” katanya ditemui Suara Keadilan selepas sidang media hari ini.

Bersih 3.0 dengan slogan ‘Duduk, Bantah’ akan mengadakan himpunan di Dataran Merdeka 28 April ini sebagai membantah sistem pilihanraya yang kotor di negara ini.

Maria juga menggesa rakyat mendapatkan maklumat mengenai Bersih dari semasa ke semasa melalui laman rasmi facebook pertubuhan itu di https://www.facebook.com/GlobalBersih3.

Tiada ulasan: