BERITA SEMASA
Jangkaan pemerhati politik sebelum ini mengatakan Pilihanraya Umum (PRU ke 13) bakal diadakan sekitar bulan November 2011, secara tiba-tiba meletusnya isu skandal penyelewengan projek lembu Fidlot NFC
sehingga berlarutan 6 bulan lamanya dan menyebabkan “pukulan gendang”
untuk melangsungkan Pilihanraya Umum pada tempoh tersebut terpaksa
dihentikan buat sementara waktu dan dilihat “tidak selamat” untuk
diadakan ketika itu.
Akhirnya, PRU ke 13
terpaksa ditangguhkan dan selepas itu pemerhati politik menjangkakan
kerajaan di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Razak bakal mengadakan Pilihanraya Umum (PRU ke 13)
dan dirasakan bulan Mac 2011 merupakan tempoh terbaik untuk mengadakan
Pilihanraya Umum ke 13. Walaubagaimanapun pada masa itu situasi juga
dilihat tidak mengizinkan apabila “meletup” pula isu ketidakpuashatian di kalangan kakitangan awam mengenai pelaksanaan SBPA yang dikatakan ramai sebagai agak berat sebelah.
Suka atau tidak, pilihanraya umum (PRU ke 13) kali ini bakal menjadi gelanggang penentuan antara parti politik yang bertanding bagi memenangi undi daripada golongan muda.
- Pengundi muda merangkumi 38.8 peratus atau 4.5 juta daripada lebih 12 juta pengundi di negara ini
- Jikalau pengundi dewasa lebih dilihat terikat dengan sentimen mengenang jasa dan kepartian, tetapi berbeza pula dilihat kepada sentimen dan pemikiran golongan muda yang dilihat agak berbeza di mana orang muda lebih gemar diberikan kebebasan untuk menentukan sokongan mereka dan memilih parti apa sekalipun asalkan mampu memberikan “pulangan” dan “sinar” kepada mereka untuk tempoh 5 tahun yang akan datang
- Manakala sokongan pengundi dewasa lebih untuk jangka masa lama, pengundi muda sokongan mereka lebih bersifat jangka pendek di mana mereka menilai dasar parti, sikap pemimpin dan isu semasa.
- Paling utama apa yang kami perhatikan golongan muda lebih gemar untuk memberikan sokongan berdasarkan kredibiliti calon, mereka sandarkan harapan kepada calon yang boleh beri inspirasi dan menjamin masa depan. Mereka tidak meletakkan sokongan berdasarkan politik kepartian. Sekadar pandangan daripada kami.
Dan kerajaan yang sekarang diwakili
parti Barisan Nasional dilihat agak yakin dengan sokongan yang diterima
mereka termasuklah daripada dikalangan golongan anak muda.
Ditambah dengan begitu ramai pemimpin
atasan daripada kalangan parti kompenen parti Barisan Nasional yang
dilihat seringkali turun pandang berjumpa dengan rakyat. Hari demi hari,
kelibat pemimpin kerajaan diberikan liputan meluas di media arus
perdana samada media elektronik mahupun media cetak.
Jika kalangan di sini sudah biasa dengan corak politik di Malaysia, persoalan membabitkan bilakah tarikh Pilihanraya Umum ke 13
tidak sukar untuk dijawab. Cuma bilakah tarikh yang sebenar-benarnya
hanya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang
mengetahuinya…
Baru-baru ini pun mantan Presiden UMNO
dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir keempat telah
melontarkan nasihat dan pandangan supaya Pilihanraya Umum diadakan
secepat mungkin. Beliau beranggapan ketika ini merupakan tempoh yang
sesuai untuk pihak kerajaan (Barisan Nasional) walaupun sebelum ini
beliau pernah mengatakan sebelum ini Barisan Nasional tidak perlu
terdesak mengadakan Pilihanraya Umum terlalu cepat.
“Walaupun Tun Mahathir sudah lama bersara, tetapi realitinya suaranya masih kuat dalam Barisan Nasional”
Sifirnya mudah, tarikh pilihanraya Umum (PRU ke 13) di Malaysia dapat dijangka dengan mudah :
“Apabila Barisan Nasional dilihat lebih bersedia, pilihanraya umum semakin hampir. Begitulah sebaliknya…”
P/S : Jika Barisan Nasional dilihat
sudah bersedia untuk memenangi hati rakyat dan berkeyakinan untuk
mengekalkan pemerintahan mereka dalam tempoh 5 tahun seterusnya,
bagaimana pula dengan persediaan pihak Pakatan Rakyat bagi menghadapi
pertarungan yang paling sengit dalam sejarah politik Malaysia?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan