Ahad, 8 April 2012

Anifah dinamakan dalam siasatan rasuah balak Sabah

MALAYSIA KINIMenteri Luar Datuk Seri Anifah Aman didakwa diberikan lesen pembalakan lumayan secara rahsia di negeri itu, lapor laman pembocor maklumat Sarawak Report.

Laman itu mendakwa memiliki dokumen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang siasatannya didakwa memutuskan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman secara salah mengeluarkan lesen bernilai puluhan juta ringgit kepada saudaranya itu.

Menurut laporan itu lagi, dokumen daripada sebahagian siasatan terhadap penyelewengan balak selepas agen dan penama bagi Musa, Michael Chia, ditahan kerana cuba menyeludup keluar RM16 juta keluar daripada Hong Kong pada 2008.

"Bagaimanapun, siasatan telah disekat di peringkat tertinggi dan hasilnya kekal rahsia, sehingga sekarang," lapor Sarawak Report lagi.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anifah Aman telah menjelaskan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). mendapati beliau secara rasuah telah menerima lesen balak daripada abangnya yang juga ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Tanpa Nama berkata...

kes Michael Chia tidak ada kaitan dgn Musa, tiada bukti boleh mengaitkannya.

Tanpa Nama berkata...

nampaknya ada pihak cuba memburukkan Musa dan Anifah.

Tanpa Nama berkata...

setahu saya dokumen dalam simpanan SPRM adalah rahsia...macamana boleh bocor? ada orang dalamkah?

Tanpa Nama berkata...

anifah sudah memberikan penjelasan berhubung dengan laporan dari sarawak report.

Tanpa Nama berkata...

barangkali ini hanya mainan politik pihak tertentu untuk menjatuhkan anifah aman dan kerajaan..rakyat jangan cepat percaya dengan laporan tersebut.

samm berkata...

pelbagai dakwaan dibuat, namun mungkin ia cuma mainan politk kerana tiada bukti pun.

samm berkata...

apa pun, Anifah sudah pun memberikan penjelasan mengenai pekara ini.

samm berkata...

isu yang timbul ini berkemungkinan untuk memjejaskan imej Anifah dan Musa.

Hinamori berkata...

Semakin menjelang PRU, semakin hebat dunia politik. Musuh2 politik sudah mengeluarkan taring.

Unknown berkata...

Mainan Pembangkang sebenarnya semua ini. Faham-fahamlah sekarang usaha bagi menjatuhkan seseorang dengan cara yang tidak baik. Saya tidak pasti kenapa tapi bagi pendapat saya sendiri ini adalah mungkin hanya strategi pihak tertentu untuk menjatuhkan Datuk Musa Aman. Datuk Musa dikaitkan dengan RASUAH. Kerana kita tahu Datuk Musa adalah bersih dengan segala masalah peribadi. Sebab itu isu rasuah dikaitkan dengan Datuk. Kerana isu ini senang direka-reka oleh mereka yang pentingkan diri sendiri. Namun rasanya perkara ini tidak akan menggugat sokongan rakyat kepada beliau. Sebelum ini pun pelbagai isu rasuah dikaitkan. Namun sehingga sekarang penduduk Sabah sendiri tetap memberikan sokongan kepada beliau. Ini bermakna isu rasuah yang dikaitkan dengan beliau tidak ada kesan dan menggugat sokongan penduduk Sabah.

Unknown berkata...

Kalau setakat media punya itu mungkin boleh kena edit. Jadi susah juga mahu percaya. Buat apa kita percaya dengan berita ini jika tidak ada bukti yang dibawa ke mahkamah. Sedangkan Media tidak ada mengadili seseorang itu. Ini kerana semua itu terletak ditangan mahkamah untuk membuat keputusan. Media hanya tahu memberikan berita sama ada yang buruk, yang tidak benar dan tanpa ada bukti yang benar. Itulah yang sebenarnya berlaku dengan media pembangkang sekarang yang hanya suka memberikan pelbagai isu negatif yang berkaitan dengan kerajaan.

Betul itu..Tambahan lagi beliau yang terbaik dan mendapat sokongan daripada penduduk Sabah. Sebab itu ada pihak yang tidak senang akan semua ini dan mencari langkah untuk menjatuhkan beliau.

Unknown berkata...

Kita sendiri sedar yang mana antara pencegah rasuah didunia ICAC adalah pencegah rasuah yang sangat tegas, tidak ada belas kasihan dan teliti dengan kes sebegini. Maka kalau benar Datuk Musa terbabit dengan kes RM16juta wang haram itu sudah lama Datuk Musa dibawa ke mahkamah kerana bagi ICAC tidak ada yang terkecuali. Namun ICAC tidak boleh buat sedemikian kerana mereka juga ada prosuder sendiri. Hanya keluar dari mulut Michael Chia rasanya itu bukannya bukti kukuh. Jadi tanpa ada bukti ICAC tidak dapat buat apa-apa. Maka ini menandakan yang mana Datuk Musa Aman tidak terlibat dan tidak bersalah dengan kes Michael Chia. Semua itu cuma permainan dari politik pihak lain yang ingin menjatuhkan Datuk Musa Aman. Sehingga sekarang Datuk Musa tetap berjuang walaupun pelbagai permainan fitnahdi buat. Kerana beliau tahu orang yang tidak bersalah akan terus mendapat jalan yang betul.

Sotong Kurita berkata...

Anifah sudah nafikan la.. kalau masih tidak puas hati, buat saja la laporan polis..

Sotong Kurita berkata...

kalau melibatkan pemimpin2 kerajaan, yang tidak betul malah yang tidak ada bukti kukuh pun diwar2kan oleh pemimpin2 pembangkang kononnya kes itu benar2 berlaku.. tapi kenapa kes Yong Teck Lee luluskan lesen pembalakan seluas 5 kali ganda keluasan singapura disenyapkan oleh pemimpin2 pembangkang dan media2 pembangkang???