SHAH
ALAM: Pemimpin Umno-BN mahupun penyokong mereka melalui suara
NGO tidak perlu menimbulkan polemik mengenai isu moral dan salah laku
hanya kerana ingin menambah kebencian terhadap individu bernama Anwar
Ibrahim di mata masyarakat sebaliknya menilai kembali status moral
pemimpin mereka sendiri.
Tindakan lapuk dan ketandusan modal dalam usaha meraih kembali
keyakinan rakyat yang semakin terhakis jelas menunjukkan kegusaran pihak
lawan menjelang pilihanraya umum ke-13.
Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, tindakan ini
mencerminkan hakikat sebenar pemimpin Umno-BN yang selama ini mempunyai
rekod salah laku moral yang hanya disembunyikan demi menjaga kepentingan
masing-masing.
“Kalau nak berbicara mengenai isu moral saya fikir pemimpin Umno jauh
lebih hebat dari segi masalah moral dan sehingga sekarang belum dibawa
ke mahkamah untuk dibersihkan. Seperti kes yang melibatkan Perdana
Menteri berhubung isu pembunuhan wanita Monggolia, ini adalah isu-isu
yang tidak dijawab dan dibawa ke mahkamah untuk satu proses pengadilan
diberikan.
“Saya percaya dalam hal ini GAPS sekadar ingin mencuri perhatian
terutamanya Datuk Seri Najib dalam usaha mencari slot dalam pilihanraya.
“Pemimpin GAPS adalah pemimpin yang sedang mencari-cari perhatian Najib kerana Umno sendiri tidak menerima mereka.
“Tambahan sekarang sesiapa yang bertindak menyerang Anwar akan diberi
perhatian oleh Najib. Mereka-mereka ini sedang menggadai harga diri
untuk mengampu Najib,” katanya.
Semalam, Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan beberapa NGO
lain menyerahkan satu memorundum kepada Speaker Dewan Negara, Tan Sri
Abu Zahar Ujang bagi mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan
jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat kerana di dakwa
terlibat dalam salah laku moral.
“Orang-orang ini tidak perlu dilayan kerana kalau dilayan akan
menaikkan saham mereka di mata Najib. Biarkan mereka melalak menyalak
bukit,” kata beliau
Beliau percaya, perkara ini tidak akan memberikan sebarang kesan
memandangkan usaha sebegini telah dilakukan sejak dahulu dan sehingga
kini mereka masih gentar dengan kebangkitan rakyat yang semakin menolak
Umno-BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan