KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR: AMK meminta pengamal media meningkatkan profesionalisme dan liputan berita mereka, ekoran laporan tidak tepat yang disiarkan portal Free Malaysia Today dan Berita Harian, 5 April lalu.
Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata, berita bertajuk ‘AMK sokong desak Azmin beri penjelasan isu pemilikan saham‘ itu menyebabkan kekeliruan di kalangan pembaca.
“Temubual dengan penulis sebagai wakil sayap AMK MALAYSIA dalam isu berkenaan tidak mencerminkan pendirian sebenar AMK MALAYSIA yang seperti disebutkan dan disiarkan FMT dan Berita Harian,” kata Rozan.
Malah Berita Harian katanya, langsung tidak melaporkan kenyataannya yang tidak bersetuju supaya Azmin Ali mengiystiharkan hartanya dan membantah ugutan keluar KEADILAN.
“Ia bagi mengelak daripada berlakunya lagi sebarang pertikaian, tuding jari dan reaksi pembaca yang salah dan tersasar persepsi sebenar sepertimana yang ingin pembaca fahami dan sumber mahu sampaikan.
“AMK berharap semua media terutama FMT dan Berita Harian segera memperbaiki persepsi media pada akan datang daripada aspek pemilihan tajuk, sumber rasmi dan lain-lain aspek penting seperti fakta dan butiran,” tegasnya.
Free Malaysia Today semalam menerbitkan berita bertajuk “AMK sokong desak Azmin beri penjelasan isu pemilikan saham” yang tidak menggambarkan pendirian sebenar AMK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan