Sabtu, 21 April 2012

1,000 berhimpun bantah LGBT

Kira-kira 1,000 penyokong daripada lebih 18 NGO hari ini berhimpun di membantah amalan seks bebas dan anti Gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Malah dalam perhimpunan di Kompleks Sukan UPM, Serdang, sekumpulan penyokong mengoyak, memijak dan membakar poster Pengerusi Bersama BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga yang didakwa menyokong gerakan tersebut.

Di kesNONEempatan itu juga, mereka juga menyelar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Majlis Peguam yang didakwa mereka turut menyokong gerakan itu atas nama hak asasi manusia.

Berucap dalam majlis itu, Mursyidul AM NGO TIBAI Zahid Mat Arip berkata perhimpunan mereka sebagai membantah LGBT kerana ia "sangat jijik dan meloyakan" dan tidak mahu negara ditimpa bencana sekiranya amalan itu berleluasa.

"Kalau kita sayangkan kepada negara kita, kita tolak Ambiga dan Anwar Ibrahim.

"Kalau kita nak selamatkan negara kita daripada bencana, kita kena tolak Anwar Ibrahim pada bila-bila masa, khususnya dalam pilihan raya," katanya sambil diiringi dengan laungan "Tolak Anwar, Tolak Ambiga.

Menurutnya perhimpunan tersebut -- yang rata-ratanya disertai oleh mahasiswa dan anak muda -- sebagai menjadi isyarat penolakan kepada Anwar Ibrahim dalam pilihan raya umum ke-13.

Kes hubungan sejenis guru-pelajar
Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin Hamzah berkata mereka mengadakan perhimpunan di stadium bola sepak di UPM sebagai "menghormati peniaga dan pemandu teksi di Kuala Lumpur".

NONEJMM sebelum ini bercadang untuk mengadakan perhimpunan anti-LGBT itu di Dataran Merdeka tetapi tidak dibenarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Berucap dalam majlis itu, beliau mendakwa gerakan tersebut merupakan "satu perancangan yang teratur dan terancang" oleh NGO tertentu.

Katanya, sebelum ini beliau mendedah sebuah NGO bernama ILGA telah memfailkan petisyen di mahkamah bagi menuntut supaya perkahwinan sejenis dibenarkan atas nama hak asasi.

"ILGA dan Majlis Peguam bersungguh untuk failkannya sekali lagi mengenai perkahwinan sejenis ini, harus dihalalkan di negara kita," dakwa Azwanddin sambil diiringi laungan "Tangkap Ambiga" oleh hadirin.

NONEBeliau turut mendedah terdapat sebanyak 21 kes pada 2012 dan 18 kes pada 2011 kes hubungan sejenis termasuk guru dan pelajar.

Beliau juga mendakwa terdapat sebuah institut di negara ini dapat dana daripada George Soros yang didakwanya bertujuan untuk "mempromosi" seks bebas dan gerakan LGBT.

Mungkin turut berhimpun 28 April
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Jais Karim mendakwa pembangkang mendalangi kumpulan mahasiswa dan LGBT yang berkumpul di Dataran Merdeka.

"Pembangkang berada di belakang mereka. Siapa di belakang pembangkang? Amerika Syarikat.

NONE"Siapa di belakang Amerika Syarikat? Yahudi laknatullah," katanya sambil diiringi dengan laungan "Bangsat Yahudi".

Dalam sidang media selepas itu, beliau akan membuat laporan polis kepada Institut Geothe yang didakwanya menerima dana daripada George Soros.

Beliau mendakwa pihaknya mempunyai bukti bahawa institut itu didakwa membiayai aktiviti kepada rangkaian individu dan kumpulan tertentu selepas membuat risikan selama empat bulan.

"Kita mempunyai dokumen lengkap (berhubung perkara itu).Kita akan dedahkan Isnin ini," katanya.

Sehubungan, pihaknya akan membuat laporan polis pada Isnin ini, jam 2 petang di IPD Dang Wangi.

Beliau juga berkata "mungkin" akan membuat himpunan yang sama sebagai bantahan kepada BERSIH pada 28 April ini di salah sebuah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

[GALERI FOTO]

Tiada ulasan: