AANTARA POS.COM
KUALA SELANGOR : Polis menembak mati tiga daripada empat penjenayah warga Indonesia di Jalan Parit Mahang di sini, awal pagi tadi.
Terdahulu penjenayah terbabit menyamun sebuah rumah di Kampung Berkat, lima kilometer dari tempat kejadian kira kira jam 3 pagi.
Mangsa diikat dan dicederakan.
Sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu, polis yang menjalankan rondaan terserempak dengan kenderaan dinaiki penjenayah-penjenayah terbabit.
Polis mengejar kenderaan itu sejauh tiga kilometer sebelum penjenayah tumpas di lokasi kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, seorang suspek cedera dan melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan