Jumaat, 24 Februari 2012

Tiada Bukti Ariffahmi Salahguna Kuasa - Lembaga SPRM

MSO


Lembaga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengumumkan laporan rasuah ke atas Abdul Arifffahmi Abdul Rahman menantu Menteri Besar Kelantan ditutup kerana kekurangan bukti.

Dengan pengumuman itu tuduhan terhadap Ariffahmi yang didakwa telah melakukan penyalahgunaan kuasa semasa menjawat jawatan terpenting di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah tidak benar dan satu difitnah yang disengajakan untuk memburukkan Ariffahmi dan juga mertuanya Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pihak tertentu termasuk dari dalam Pas sendiri dan juga Umno sebelum ini seakan beriya benar mahu melihat kes itu berjalan dan Ariffahmi didakwa. Perkiraan mereka kalau Ariffahmi didakwa ia akan turut merosakan reputasi MB Kelantan itu.

Umno ada tujuan kenapa mereka beriya mahu mengheret Ariffahami ke mahkamah kerana dengan cara itu boleh melemahkan Pas. Ini menunjukkan peranan dan komitmen Ariffahmi dalam kerajaan dan parti penting.

Ekoran siasatan dan dakwaan itu menyebabkan Ariffahmi didesak supaya meletak jawatan untuk tidak memberi implikasi kepada parti Pas dan Kerajaan. Ariffahmi dengan penuh rela telah mengambil keputusan meletak jawatan walaupun dia tidak perlu berbuat demikian. Sikap Ariffahmi itu sesuatu yang patut dipuji kerana peka kepada kehendak parti.

Setelah pihak lembaga SPRM mengesahkan bahawa kes itu tidak dibawa kepada pihak pendakwaan sewajarnya kalau Pas dan Kerajaan Kelantan menimbang semula untuk memberi peranan kepada Ariffahmi. Kalaupun jawatan lamanya tidak dikembalikna tetapi pesepsi buruk ke atasnya hendaklah dikikis.

Sudah tentu pengumuman lembaga SPRM itu menggembirakan sama Tok Guru Nik Aziz dan seluruh keluarganya kerana mereka terhindar dari menerima risiko fitnah. Dalam pada itu wajar mereka yang sebelum ini ghairah membuat tuduhan terhadap Ariffahmi memohon maaf secara terbuka

Tiada ulasan: