Selasa, 21 Februari 2012

S'gor undang Noh Omar ke siasatan awam Selcat


MALAYSIA KINI

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar diundang hadir ke sesi pendengaran awam DUN Selangor terhadap dua syarikat pengendali pasir negeri bulan depan bagi menunjukkan keikhlasannya membanteras rasuah.

NONESetiausaha Politik kepada menteri besar Faekah Husin (kiri) berkata, timbalan pengerusi Umno negeri itu juga diminta memberikan maklumat dan bukti penyelewengan yang didakwanya sebelum ini.

"Beliau juga boleh mendapat idea, inspirasi dan semangat untuk melakukan perkara yang sama dalam pentadbiran kerajaan pusat BN, katanya lagi.

Semalam, speaker Datuk Teng Chang Kim berkata, pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) terhadap syarikat bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor dan Kuala Semesta Sdn Bhd (KSSB) akan diadakan pada 5 Mac depan.

Beliau juga menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung dakwaan salah laku dalam mana-mana syarikat berkenaan supaya menghubungi pejabatnya untuk disenaraikan sebagai saksi dan dipanggil memberi keterangan.

azlanDalam kenyataannya hari ini, Faekah berkata, walaupun ramai yang sangsi akan kesediaan Noh hadir pada sesi tersebut, beliau masih mahu memberi faedah dari keraguan (benefit of the doubt) kepada beliau.

Dakwanya, semangat berkobar-kobar Noh dalam isu itu semata-mata mahu menutup skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diuruskan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarat Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Faekah juga mencabar Noh (atas) atau kerajaan mengadakan sesi serupa dalam isu projek lembu di Gemas, Negeri Sembilan itu.

Noh pada 14 Februari dilaporkan mendakwa mempunyai dokumen dan bukti kukuh bagi membuktikan kegiatan penyelewengan pasir Selangor dan tidak akan akan teragak-agak mendedahkannya apabila tiba masanya.

Tiada ulasan: