Selasa, 21 Februari 2012

‘Saya pernah cinta Elizabeth’

KOSMO



IBU pejabat Polresta Barelang, Batam, Kepulauan Riau tempat Hilmi Hazimin Malek ditahan bagi membantu siasatan kes pemalsuan dokumen.

BATAM, Indonesia – Hilmi Hazimin Malek, rakyat Malaysia yang ditangkap di sini kerana terbabit dalam kes pemalsuan dokumen pengenalan diri, mengaku dia pernah bercinta dengan Elizabeth Wong tetapi menafikan dia menyebarkan gambar-gambar kontroversi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan itu.

Dalam satu temu bual eksklusif dengan Kosmo! di sini semalam, Hilmi enggan mengaku mahupun menafikan mengenai dakwaan bahawa dia merakam gambar-gambar kontroversi Elizabeth, wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang tersebar di Internet pada Februari 2009.

Hilmi memberitahu Kosmo!, dia tidak sejahat seperti yang sesetengah pihak di Malaysia fikirkan mengenai dirinya.

Menurut lelaki berusia 37 tahun itu, gambar-gambar Elizabeth, bekas kekasihnya yang berusia 40 tahun, tersebar dalam Internet tidak lama selepas telefon bimbit miliknya hilang.

“Saya tidak tahu siapa yang sebarkan. Yang saya tahu telefon bimbit itu sudah lama hilang,” cerita Hilmi yang terkejut dengan kehadiran wartawan Kosmo! di Batam semalam.

Tiada ulasan: