Ahad, 5 Februari 2012

Rasuah kembali menyerang

UTUSAN ONLNE


KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenalpasti 18 pemain dan seorang jurulatih yang terbabit dalam skandal rasuah dalam Liga Malaysia musim lalu.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengesahkan, pemain dan jurulatih berkenaan akan dikenakan hukuman penggantungan antara dua hingga lima tahun.

“Atas pandangan dan nasihat Jawatankuasa Disiplin FAM, pemain dan jurulatih berkenaan akan diambil tindakan dan senarai nama akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Ini membuktikan keseriusan FAM terhadap perilaku pemain dan pegawai, sambil berharap ia akan memberi pengajaran kepada semua pemain serta pegawai yang beraksi dalam kejohanan kelolaan FAM,” kata pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM di sini, semalam.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, semua yang terlibat adalah enam pemain dari pasukan Negeri Sembilan dan seorang jurulatih, enam pemain T-Team dan enam dari pasukan MP Muar.

Jika pemain yang didapati bersalah boleh digantung dua hingga lima tahun, jurulatih pula berisiko digantung seumur hidup.

Tengku Abdullah turut menambah, FAM telah melantik penolong setiausaha, Kelly Sathiraj memantau pembayaran gaji pemain.

“Jika terdapat persatuan yang tidak membuat pembayaran gaji pada bulan pertama, bulan kedua kita akan beri surat amaran dan bulan ketiga automatik, pasukan itu tidak dibenarkan bermain dalam pertandingan seterusnya dan digugurkan dalam liga berkenaan,” katanya.

Terdahulu Tengku Abdullah menyampaikan cek RM50,000 hasil kutipan tiket wang Piala Sumbangsih 2012 kepada badan kebajikan NCWO Negeri Sembilan dan Yayasan Kemiskinan Kelantan. - BERNAMA

Tiada ulasan: