Khamis, 23 Februari 2012

PKR dakwa penyenaraian FGVH 'skim berniat jahat'


Aidila Razak

Cadangan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia adalah "skim berniat jahat" yang bertujuan mengurangkan pegangan peneroka dalam Felda Holdings yang kaya dengan tunai, kata PKR.

NONEIni kerana menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, dengan penyenaraian itu, semua aset Felda akan dipindahkan ke FGVH, yang merupakan syarikat milik penuh kerajaan dan peneroka tidak lagi akan mempunyai suara dalam perniagaan dan aktiviti operasi berkenaan.

Lebih-lebih lagi, katanya, pelabur lain juga dijemput membeli saham dalam FGVH.

"Kami anggarkan bahawa apabila ini berlaku, ekuiti Felda Holdings yang dipegang oleh peneroka dan kakitangan Felda akan dikurangkan daripada 51 peratus sekarang kepada paling tinggi 42.7 peratus selepas penyenaraian.

"Ini menjadikan mereka pemegang saham minoriti," kata Rafizi dalam sidang medianya di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.

Tiada ulasan: