Jumaat, 24 Februari 2012

Panel SPRM mahu isu NFC 'diselesaikan segera'

S PathmawathyPanel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu kontroversi yang menyelubungi Nasional Feedlot Corporation (NFC) "diselesaikan segera" supaya "adil" kepada semua pihak yang terlibat dalam skandal tersebut.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata, kes itu telah terlalu dipolitikkan, maka SPRM perlu memutuskan sama ada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terlibat dalam proses membuat keputusan mengenai pembiayaan projek tersebut.

Beliau pemberita bahawa SPRM telah menyelesaikan siasatannya dan menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara.

Bagaimanapun, Peguam Negara telah menyerah balik kertas siasatan itu dan meminta dijalankan siasatan lanjut terhadap perkara itu.

Tiada ulasan: