Isnin, 20 Februari 2012

Panas: Debat, Senator Ezam Dakwa Anwar Bahaya Dan Beliau Tak Layak Berdebat Dengan PM Najib !

PAHANG DAILY


KLANG - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd Nor (foto) berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasan boleh mengundang “bahaya.”

Sehubungan itu kata Ezam, Anwar akan menggunakan pentas debat demi kepentingan dan akan merosakkan negara.

"Orang macam Anwar ini akan mengundang bahaya. Dia tak layak debat dengan Najib. Contoh, apa yang Anwar dah buat ialah kononnya pada 16 September akan mentadbir negara, tapi dia tipu. Sama juga macam isu Israel. Ini kes khianat," kata beliau selepas berucap pada majlis Perhimpunan Waris Malaya di sini, semalam.

Beberapa pihak mencadangkan satu debat diadakan antara Najib dan Anwar ekoran debat disertai Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kelmarin.

Selain itu, Ezam berkata, secara umumnya, debat merupakan satu perkara yang bagus tetapi perlu berhati-hati kerana ia boleh digunakan untuk tujuan yang tidak baik. Jelasnya lagi, elemen khianat dalam berdebat juga boleh tercetus berdasarkan situasi politik negara.

"Debat akan berguna jika kita tampilkan orang-orang yang bertanggungjawab. Kalau macam Anwar ini, tak payah la. Debat ini sama seperti benda lain. Ia boleh diadakan dan tidak boleh diadakan. Bergantung pada faktor,"
dakwa Ezam lagi.

[Kenyataan Ezam ini jelas sekali menunjukkan beliau sebenarnya tidak layak diberi gelaran "Senator".

Ini kerana beliau langsung tidak boleh melihat kebenaran atas sesuatu yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia. Apakah dia fikir, semua orang jahat sepertinya dan akan melakukan provokasi andainya debat itu diadakan.

Bukankah debat Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek baru-baru ini berjaya di adakan dengan baik dan aman. Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Maka itu, Ezam sebagai orang profesional seharusnya mengambil pendekatan yang sama untuk menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia. Langkah menghalang bererti mereka semua bacul dan pengecut untuk berhujjah secara "anak jantan".

Mereka hanya berani "pukul curi" dengan menyerang lawan yang diikat tangan dan kaki. Sebaliknya mereka takut untuk berhadapan secara berdepan seperti ini. Inilah bukti budaya memalukan yang diamalkan oleh mereka yang kononnya boleh diterima oleh rakyat].

Tiada ulasan: