MALAYSIA KINI
Menurut laporan muka depan akhbar itu, tiga wakil kerajaan yang menganggotai lembaga itu hanya mengetahui mengenai pembelian beberapa unit kondominium mewah melalui media.
Memetik sumber yang tidak dinamakan tetapi didakwa berkait rapat dengan siasatan yang dijalankan ke atas dakwaan penyelewengan oleh syarikat projek ternakan lembu yang dimiliki oleh keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, the Sun melaporkan bahawa kelulusan lembaga pengarah adalah keperluan berkanun.
"Menurut penyiasat, dokumen yang dirampas dari syarikat itu menunjukkan bahawa tiada resolusi atau usul yang dicadangkan atau diluluskan semasa mesyuarat lembaga. Siasatan dijangka akan selesai dalam beberapa hari lagi," kata sumber itu.
Tiga wakil kerajaan dalam lembaga pengarah NFC adalah Alias Mohd Yassin (Kementerian Pertanian), Manaf Hussein (Kementerian Kewangan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Mat Ali Hassan.
Menurut akhbar itu lagi, lembaga pengarah juga tidak dimaklumkan berhubung perbelanjaan daripada dana pinjaman mudah RM250 juta yang disediakan oleh kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan