Jumaat, 10 Februari 2012

Najib, Muhyiddin perlu dedah butiran perjanjian NFC


MALAYSIA KINI

PKR hari ini menuntut perdana menteri dan timbalannya supaya mengarahkan pihak-pihak bertanggungwab termasuk syarikat projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) mendedahkan sepenuhnya perjanjian pinjaman mudah RM250 juta yang diterimanya daripada kerajaan diumumkan kepada orang.

NONE“Untuk merungkai segala persoalan ini, saya mengesyorkan supaya Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan NFC mendedahkan sepenuhnya perjanjian pinjaman RM250 juta itu kepada umum.

“Ini supaya rakyat dapat menghakimi kewajaran kerajaan meluluskan pinjaman dengan syarat yang sebegitu longgar,” kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif NFC Wan Shahinur Izmir Salleh bahawa Kementerian Kewangan tidak mengenakan sebarang syarat-syarat mengenai bagaimana pinjaman RM250 juta itu boleh digunakan.

azlanMenurut beliau, suami dan anak Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menggunakan alasan itu untuk menggunakan wang berkenaan bagi tujuan peribadi termasuklah mengumpulkan harta yang mahal seperti kondominium, tanah dan kereta mewah.

“Pengakuan ini menimbulkan seribu satu persoalan baru.

“Apakah hak menteri-menteri terbabit meluluskan pemberian wang sejumlah RM250 juta kepada keluarga menteri untuk dibelanjakan sesuka hati mereka?” soalnya.

Rafizi juga menuntut kerajaan mendedahkan berapa banyak lagi perjanjian-perjanjian pinjaman seumpama itu yang memberi kebebasan sepenuhnya kepada peminjam membelanjakan wang
rakyat telah diberikan berkenaan.

azlan“Apakah pemilik dan pengurusan NFC yang terdiri dari kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil memberikan jaminan peribadi (personal guarantee) dan mencagarkan harta peribadi mereka sebagai sebahagian dari syarat perjanjian pinjaman?” soalnya lagi.

Sehubungan itu, katanya, Pakatan Rakyat terus menuntut agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat skandal NFC kerana penyelewengan dan kecuaian yang berlaku melibatkan pimpinan tertinggi negara.

Tiada ulasan: