Jumaat, 24 Februari 2012

MP mahu hakim serius dalam tegakkan keadilan


Ahli parlimen Teluk Intan M Manogaran mahu hakim supaya berhenti serius ketika menjalankan tugas dan mengambil kira tanggungjawab utama mereka adalah untuk menegakkan kedailan.

Katanya, sebagai seorang peguam, beliau memerhatikan bagaimana sesetengah litigan semakin kecewa dengan cara mahkamah menegakkan keadailan.

a kugan detention death funeral ummc to puchong 280109 m manogaranSehubungan itu, ahli parlimen Pakatan rakyat itu berkata beliau akan menimbulkan perkara itu apabila sesi Parlimen bersidang semula bulan depan.

"Saya boleh faham kekecewaan yang dialami litigan sehingga membaling kasutnya ke arah hakim di Mahkamah Persekutuan semalam, kerana membenarkan bantahan awal pihak pendakwa.

"Apa salahnya, jika hakim membenarkan atau melanjutkan lebih banyak masa, lebih-lebih lagi beliau tidak diwakili," kata Manogaran.

Menurut beliau, mahkamah mesti menegakkan keadilan untuk rakyat dan itulah yang diharapkan oleh orang ramai sambil menambah setiap hakim diamanahkan membuat keputusan mempertahankan keadilan tanpa rasa takut atau memihak.

"Mahkamah tidak boleh berfungsi sebagai sebuah badan korporat yang secara tergesa-gesa cuba menegakkan keadilan. Mesti serius atau jika tidak ia dilihat sebagai menghina sistem keadilan negara," katanya.

Manogaran juga memberi amaran bahawa jika badan kehakiman tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan adil, maka rakyat akan kehilangan kepercayaan mereka kepada institusi berkenaan.

Tambahnya, badan kehakiman harus bebas, terutamanya daripada kerajaan yang memerintah, dalam menegakkan keadilan

NONESemalam, imam, Hoslan Hussain mencampak kasutnya kerana kecewa apabila panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan membenarkan bantahan awal berhubung afidavitnya yang difailkan, berada di luar tempoh masa yang ditetapkan. Justeru, rayuannya terhadap perintah pengusiran dari kuarters kediamannya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditolak.

Hoslan dalam cerita yang sama memberitahu Malaysiakini bahawa beliau membuat banyak aduan terhadap dakwaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah di masjid Ar Rahimah di Kampung Pandan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sehingga mengakibatkan beliau diusir.

Tiada ulasan: