Khamis, 23 Februari 2012

Mahkamah tolak permohonan penangguhan Tajudin

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines System Bhd. (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli untuk menangguhkan prosiding berhubung saman terhadapnya oleh MAS atas dakwaan melanggar kewajipan fidusiari.

Berikutan itu, Hakim Rosilah Yop menetapkan kes dibicarakan selama lima hari bermula 12 Mac ini.

tajudin ramliPeguam Tajudin, Lim Kian Leong yang membuat permohonan bagi penggantungan dalam saman berkenaan, salah satu daripada tiga yang difailkan oleh MAS terhadapnya.

Dalam saman yang difailkan pada 2006, MAS, bersama-sama dengan MAS Golden Holidays Sdn Bhd dan MAS Hotel & Boutiques Sdn Bhd menamakan Tajudin (kiri), bekas syarikatnya Naluri Corporation Bhd, Promet (Langkawi) Resorts Sdn Bhd, Kauthar Venture Capital Sdn Bhd dan Pakatan Permai Sdn Bhd sebagai defendan.

Ia mendakwa bahawa Tajudin sengaja melanggar pelbagai tugas atau tanggung jawab yang diamanahkan kepadanya dengan membiarkan MAS membida atau mendapatkan pelbagai kontrak untuk kepentingan sendiri.

Tiada ulasan: