Khamis, 16 Februari 2012

K'jaan tak gentar dengan Himpunan Hijau 2.0


Kuek Ser Kuang Keng

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan kelulusan tersirat berhubung perhimpunan besar-besaran rakyat yang membantah tindakan kerajaan membenarkan Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) membina pusat memproses nadir bumi di Gebeng pada 26 Februari ini.

NONEDitanya sama ada kerajaan akan bertindak terhadap penganjur perhimpunan berkenaan yang dijadualkan di di Kuantan, Najib berkata:

"Mengapa kita harus bertindak terhadap perhimpunan itu? Setiap orang mempunyai hak untuk berhimpun," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN, Najib berkata di bawah Akta Perhimpunan yang baru diluluskan kerajaan, rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secra aman.

"Jika mereka mematuhi undang-undang, kenapa kita perlu untuk bertindak terhadap mereka?" soalnya lagi.

Menurut Najib, BN juga mampu menganjurkan perhimpunan yang lebih besar daripada apa yang dirancang oleh penganjur anti-Lynas itu.

Perhimpunan, yang dikenali sebagai Himpunan Hijau 2.0 itu adalah anjuran penduduk sekitar Kuantan dan dijangka menjadi bantahan terbesar yang pernah disaksikan di Pantai Timur.

NONEDengan pengesahan beberapa pemimpin kanan Pakatan untuk turun padang bagi meluahkan sokongan mereka, perhimpunan Ahad depan itu dijangka panas. PAS Pahang juga telah mengarahkan semua ahli-ahlinya untuk hadir.

Ditanya jika wartawan jika Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ada membuat keputusan untuk berundur dari kabinet, Najib tidak memberikan jawapan yang jelas.

"Ia tidak dibincangkan di sini. Ini adalah prerogatif Perdana Menteri," katanya.

1 ulasan:

Wak Labu Farm berkata...

Memang tak gentar pun, Polis, FRU kan dah di naik kan gaji, bila2 mase pun dia orang boleh kasi hambat penyokong2 Himpunan Hijau 2.0 tu.....