Sabtu, 18 Februari 2012

K’jaan manipulasi undang2 untuk naik had hutang negara

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : DAP mengecam kerajaan kerana menaikkan dan meminda had hutang negara berkali-kali sejak sedekad lalu, untuk mengesahkan had hutang kerajaan, kata Setiausaha Publisiti Dap, Tony Pua.


Katanya, had hutang kerajaan yang dikatakan 53.8 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu kononnya lebih rendah dari paras 55 peratus, merupakan hasil manipulasi “kreatif” kerajaan.

“Apa yang membimbangkan ialah had siling pinjaman berkanun dinaikkan beberapa kali oleh kerajaan BN sejak sedekad lalu untuk mengesahkan paras hutang kerajaan yang meningkat lebih cepat berbanding KDNK,” katanya.

Menurut Pua, pada Julai 2009, menteri kewangan kedua, Ahmad Husni Hanadzlah menetapkan had hutang tidak boleh melepasi 55 peratus KDNK.

“Sebelum had itu disemak, had ditetapkan ialah 45 peratus pada Jun 2008, hampir 13 bulan sebelum itu oleh menteri kewangan kedua ketika itu, Nor Md Yakcop,” kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Manakala pada April, 2003, katanya, menteri kewangan kedua pada waktu itu, Jamaluddin Jarjis pula menetapkan had hutang sebanyak 40 peratus dari KDNK.

Justeru itu Pua mempersoalkan samada kerajaan akan sekali lagi menaikkan had hutang melebihi 55 peratus dalam tempoh dua tahun lagi.

I ni kerana semalam, beliau berkata, had hutang kerajaan persekutuan kini telah mencecah RM455.7 bilion pada akhir 2011 atau 65.2 peratus dari KDNK.

Kadar itu menyalahi peruntukan undang-undang antaranya Akta 637 Akta Pinjaman Tempatan 1959 dan Akta 275 Akta Pelaburan Kerajaan 1983 yang menetapkan gabungan pinjaman tidak boleh melewati kadar 55 peratus dari KDNK.

Manakala Akta 403 Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 pula menghadkan pinjaman luar negeri pada RM35 ribu juta pada sesuatu masa.

Tiada ulasan: