Sabtu, 18 Februari 2012

Kemukakan Kabinet Bayangan, Cabar PM Kepada PR

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, hari ini mencabar Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan senarai kabinet bayangan mereka bagi mengkukuhkan lagi sistem dua parti negara.

Beliau berkata, PR gentar untuk mengumumkan barisan kabinet bayangannya kerana mereka tidak bersatu padu dan tidak berupaya mencapai kata sepakat berhubung pembahagian jawatan potfolio utama antara parti gagasan tersebut.

"Mereka tidak berani. Mereka tidak tahu bagaimana, apa yang boleh ditawarkan. Apa jawatan untuk ditawarkan kepada Haji Hadi. Jika anda mempunyai masalah dengan Haji Jadi, di mana anda mahu letak Mat Sabu? Anda tempatkan beliau dalam kabinet bayangan sebagai Menteri Pendidikan? Bencana yang menunggu," katanya mengenai kedua-dua pemimpin Pas terbabit.

Jadi, ia hanya klumpulan individu dan parti yang tidak dapat mendorong keyakinan rakyat. Tetapi, oleh kerana mereka telah mengutuk, memperlekehkan kita, adakalanya rakyat tidak namppak hakikat sebebnar," ujarnya lagi.

Beliau bercakap demikian di majlis pembukaan persidangan "Kaum Cina Malaysia Di Persimpangan'" anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) dan Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (INSAP) di Hotel Berjaya Times Square, di sini, hari ini.

Seawal tahun lalu, Najib telah membuat gesaan supaya PR menubuhkan kabinet bayangannya sendiri namun, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam reaksinya ketika itu, dilaporkan sebagai berkata, gagasan pembangkang terbabit tidak perlu membentuk kabinet bayangan dengan alasan jawatankuasa parlimen yang ditubuhkan didakwa telah memenuhi fungsi tersebut

“Tak perlu bentuk kabinet bayangan kerana kita telah mendahului dengan membentuk jawatankuasa parlimen yang meneliti isu mengikut portfolio masing-masing. Usaha Datuk Seri Najib bertanyakan kabinet bayangan kita ucap terima kasih kerana ini satu penghargaan tentang keupayaan dan persiapan Pakatan mengambil alih Putrajaya," beliau dilaporkan sebagai berkata ketika itu.

Tiada ulasan: