Sabtu, 18 Februari 2012

Kemenangan Pakatan Dalam PRU13 Untungkan Pas, Bukan DAP - Soi Lek

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR : Sebarang kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 13 hanya akan menguntungkan Pas dan bukannya DAP atau Parti Keadilan Rakyat, kata Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek.

Demografi pengundi menunjukkan Pas dan bukan dua komponen rakan Pakatan Rakyat itu yang akan menerajui gagasan pembangkang itu jika ia berjaya menawan Putrajaya.
"Jika UMNO tumbang, pihak yang akan mendapat manfaat darinya adalah Pas, bukan DAP mahupun PKR...Ini senarionya,"kata beliau.

Oleh itu, jangan kita terpedaya dengan retorik yang tidak jujur ini. Mari kita berhadapan dengan hakikat yang sebenarnya.

"Jika Pakatan meraih kuasa, perlembagaan Malaysia berada dalam bahaya dan car kehidupan seharian rakyat Malaysia akan dikompromi," tambahnya lagi dalam ucapan perasmian forum Persimpangan Arah Politik Kaum Cina Malaysia, di sini, hari, ini.

Sambil menekankan bahawa satu undi untuk DAP adalah undi kepada Pas dan PKR, Dr Chua berkata," untuk memberikan kuasa kepada DAP adalah untuk memperkasakan Pas dan membuka jalan bagi Pas menjadi 'Taiko' atau 'abang besar' dalam kerajaan negeri dan persekutuan".

Beliau juga mengingatkan pengundi bahawa DAP hari ini, parti sekutu dalam Pakatan adalah berbeza dengan DAP masa lampau.

"Di Perak, pada pilihan raya lepas, DAP menang 18 kerusi, PKR menang tujuh kerusi, Pas hanya memenangi enam kerusi, tetapi menteri besarnya(Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin) ketika itu adalah calon dari Pas," katanya.

DAP, yang suka menyindir (parti lain) terhadap kejayaannnya membentuk kerajaan di negeri Pulau Pinang dan seorang pemimpin DAP sebgai Ketua Menterinya, telah memberikan harapan palsu kepada kaum Cina bahawa ia adalah mungkin di negeri lain.

"Secara tradisi, ia hanya mungkin di Pulau Pinang, tapi belum lagi di negeri lain," ujarnya lagi.

Beliau berkata DAP selama ini telah menyemai harapan dalam pemikiran kira-kira 6.5 juta rakyat Malaysia kaum Cina rakyat bahawa kerajaan di bawah pimpinan pemimpin Cina adalah mungkin dan bahawa kaum tersebut telah dihampakan oleh MCA.

Dr Chua menambah, negara yang mengamalkan pemisahan politik berdasarkan perkauman adalh satu bencana kepada kestabilan negara.

Tiada ulasan: