Isnin, 13 Februari 2012

Jabatan Agama Islam Negeri diminta kuatkuasa tindakan pada Hari Kekasih

Post Pic

ANTARA POS.COM


SEREMBAN : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta semua Jabatan Agama Islam Negeri menguatkuasakan segala tindakan yang diperlukan terhadap pasangan Islam bukan mahram yang menyambut Hari Kekasih malam ini atau esok.

Beliau berkata, ini kerana Hari Kekasih bukan amalan umat Islam.

"Kita bergerak serentak di seluruh negara untuk menguatkuasakan peraturan dan tindakan yang perlu bagi hal yang berkaitan dengan memperingati kekasih ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kepada masjid Negeri Sembilan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini, hari ini.

Katanya, pelbagai bentuk dakwah, nasihat, pandangan, kenyataan dan sebagainya disampaikan mengenai Hari Kekasih ini kerana ia bukan amalan umat Islam.

"Yang kita bimbang ialah bukan soal kekasih dalam pengertian suami isteri, tapi biasanya bukan suami isteri. Yang ini, selain daripada nasihat, tindakan juga perlu dibuat," katanya.

Tiada ulasan: