Isnin, 13 Februari 2012

Isu Eli-Helmi...Anwar Enggan Ulas

Post Pic

ANTARA POS.COM


PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas penangkapan seorang warga Malaysia yang berlindung di Indonesia setelah didakwa mengadakan hubungan intim dengn Exco Kerajaan Selangor Elizabeth Wong tiga tahun lalu.

Penangkapan Hilmi Hazimin Malek yang menggunakan nama samaran Azmin Hilmi di Batam membuka semula persoalan mengenai peri laku moral Wong dan lebih penting, pendirian PKR serta sekutunya Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Bagaimanapunm Anwar tidak mahu mengulas isu itu apabila ditanya oleh pemberita selepas mesyuarat pimpinan Pakatan RaKyat.

"Saya tak dapat apa-apa maklumat. Saya tak tahu mengapa ini jadi isu. Saya tak dapat apa-apa maklumat daripada beliau atau keluarga dia," kata Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

Wong adalah ADUN Bukit Lanjan dan Exco Perlancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna dan Hilmi adalah ahli PKR apabila skandal penyebaran gambar lucah Wong di Internet tercetus pada 2009.

Hilmi dikehendaki oleh Polis Malaysia bersabit siasatan mengambil dan menyebarkan gambar-gambar berkenaan di Internet tanpa pengetahuan Wong.

Di Indonesia beliau disiasat kerana didakwa menggunakan dokumen palsu untuk berlindung di negara itu.

Menurut media Indonesia, Hilmi mendakwa perbelanjaan untuk beliau tinggal di Indonesia di biayai oleh keluarga dan pihak tertentu dalam PKR.

Polis Malaysia semalam tidak menolak kemungkinan Hilmi dibawa pulang ke Kuala Lumpur, kemungkinan selepas pihak Indonesia selesai menangani kes pemalsuan dokumen yang dihadapi oleh beliau.

Tiada ulasan: