Jumaat, 24 Februari 2012

Hak saya ditindas, tegas Jessie Ooi


MALAYSIA KINI

Ketua Beliawanis MCA Selangor, Jessie Ooi hari ini membidas Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MPPP) kerana mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung soalan yang dikemukakannya semasa debat antara Lim Guan Eng dengan Datuk Seri Chua Soi Lek pada 18 Februari.

lim guan eng at asli debate 200212 01Dalam satu kenyataan hari ini, Jessie berkata, adalah tidak
bersesuaian bagi MPPP menggunakan tindakan undang-undang untuk menutup mulut pengkritik yang mempersoalkan dasar-dasar mereka.

"Semasa persidangan itu, saya hanya seorang peserta. Saya mempunyai hak untuk mengemukakan soalan mengenai isu-isu yang saya tidak faham. (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng (kiri) mempunyai hak untuk menjawab atau menyangkal soalan saya," katanya.

Tetapi, katanya, selepas persidangan tersebut, sebarang soalan atau pertikaian berkaitan isu-isu yang dibangkitkan semasa persidangan itu, perlu dibangkitkan dengan penganjurnya.

Katanya, MPPP tidak sepatutnya menggunakan tindakan undang-undang untuk mengugut orang ramai yang mempunyai hak untuk mengetahui dan DAP sepatutnya menjawabnya semasa debat tersebut, dan bukan selepasnya.

"Pada masa depan, semua orang yang mempersoalkan dasar kerajaan Pulau Pinang akan menghadapi ancaman tindakan undang-undang?" soalnya.

'Budaya menindas'

Jessie menyifatkan ancaman tindakan undang-undang oleh MPPP itu sebagai satu bentuk "budaya menindas" yang terpaksa dihadapinya sebagai seorang rakyat biasa.

"Adakah Lim dan DAP menerima atau menggalakkan budaya seperti ini?" soalnya lagi.

kak tunda mca jessie ooiJessie menarik perhatian penonton sewaktu berlangsungnya debat tersebut kerana cara beliau mengemukakan soalan kepada Lim mengenai kenaikan kadar taksiran dan tindakan menunda kereta yang didakwanya dilakukan sewenang-wenangnya.

"Saya 'separuh' penduduk Pulau Pinang. Anda sentiasa bercakap tentang meringankan beban rakyat. Tetapi cukai taksiran naik. Semua harga naik.

"Tambahan lagi, pada jam 10.30 malam, saya nampak dua kali dengan mata saya sendiri, jam 10.30 malam jalan tiada kereta, tetapi anda masih minta anggota penguatkuasa untuk menunda kereta."

"Ia berakhir dengan satu pergaduhan yang mengakibatkan kecederaan parah. Bagaimana anda menjelaskan isu keselamatan ini? Adakah ini dipanggil meringankan beban rakyat?".

Dari Lebuh Pantai ke Jalan Myanmar


Jessie mengeluarkan kenyataan pada hari Selasa untuk menjelaskan kenyataannya - dengan mendakwa kekangan masa dan suasana hangat ketika debat tersebut - menyebabkan berlaku kesilapan dalam soalan yang telah dikemukakannya itu

ms tow truck jessie ooi 190212Jessie mendakwa beliau merujuk kepada kegagalan Selangor
untuk menurunkan kadar cukai taksiran seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya dan pergaduhan berkaitan insiden menunda kereta di Lebuh Pantai di Pulau Pinang.

Hari ini, Ooi berkata beliau sebenarnya merujuk kepada insiden pada 25 Oktober tahun lepas di Jalan Myanmar yang bersambung dengan Lebuh Pantai.

"(Sewaktu debat) Saya tidak pernah menuduh pegawai penguatkuasa menyerang orang. Apa yang saya bangkitkan adalah kekurangan tempat letak kereta di sepanjang Lebuh Pantai," katanya.

Beliau berkata kerana tidak ruang tempat letak kereta di sepanjang Lebuh Pantai yang menempatkan bank-bank, maka orang ramai terpaksa meletak kereta secara haram dan berdepan dengan risiko dikenakan tindakan.

Jessie nyatakan 'kekesalannya'


Semalam, MPPP menjelaskan bahawa terdapat 1,000 lot tempat
letak kereta di sepanjang Lebuh Pantai dan juga menunjukkan seseorang anggota penguatkuasa yang diserang dalam insiden 25 Oktober itu.

NONEMPPP (kanan) menuntut Jessie memohon maaf. Ia akan mengadakan mesyuarat penuh esok, dan dijangka membincangkan tindakan yang mungkin diambil terhadap Jessie.

Jessie juga menyatakan "kekesalannya" kerana menyebabkan "salah faham dan kekeliruan" ekoran soalannya yang kelam-kabut itu.

"Saya mengaku semasa debat tersebut, masa untuk mengemukakan soalan adalah terhad dan keadaannya sangat dipanaskan. Ia menyebabkan saya menjadi terlalu emosional, sehingga saya tidak dapat bertanya soalan dengan betul dan menggunakan perkataan yang salah.

"Ini telah menyebabkan berlaku salah faham dan kekeliruan. Untuk itu, saya menyatakan kekesalan saya. MPPP mempunyai hak tetapi juga tanggungjawab," katanya sambil menambah MPPP boleh membetulkannya atau menyangkalnya tetapi "janganlah bergantung pada tindakan undang-undang".

Tiada ulasan: