Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan pimpinan Umno-BN seharusnya memberi bantuan itu terus kepada rakyat dan bukan mengarahkan rakyat untuk merayu kepada pemimpin Umno bagi mendapatkan hak mereka.
Malah, tegasnya, pemberian bagi BR1M itu telah diputuskan menerusi peruntukan disediakan semasa belanjawan 2012 dibentangkan bagi menampung dan meringankan penderitaan rakyat dalam suasana kos saraan hidup terus tinggi.
"Maka berapa lama pun untuk pemberian bantuan itu perlu dilaksanakan pada saya bukan isunya. Jangan dihadkan 11 Februari ke...15 Mac ke...selagi setiap satu keluarga dan ketua isi rumah tidak mendapat hak daripada pemberian BR1M itu sebanyak RM500 bagi mereka yang memenuhi syarat kurang daripada isi pendapatan RM3,000 ke bawah maka mereka layak mendapat bantuan itu," katanya.
Dr Dzulkefly berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang menyatakan kerajaan akan mengkaji bagi melanjutkan tempoh pemberian BR1M kepada 15 Mac depan supaya lebih ramai rakyat akan menikmati pemberian itu.
Beliau berkata, kerajaan seharusnya tidak menjadikan faktor masa sebagai syarat dan kegagalan untuk mengagihkannya adalah satu kezaliman kepada rakyat yang berhak.
"Selagi mereka punya kelayakan dan hak, selagi itulah mereka wajar dan wajib diberikan kerana itu adalah belanjawan 2012. Mengapa perlu dihad-hadkan masanya.
"Dan rakyat pun sepertimana rakyat di Kuala Selangor masih ramai yang belum dapat. Kemudian pulak diberi ruang untuk merayu. Apa benda ni? Nak merayu nak kena jumpa Ketua Bahagian Umno atau ADUNnya. Ini pemberian wang Umno atau pemberian wang yang disatukan oleh Kerajaan Pusat? Itu adalah wang hasil cukai, segala bentuk cukai," katanya.
Dr Dzulkefly berkata, Najib perlu memahami keadaan itu dan menjadi kewajiban untuk menjelaskannya kepada rakyat tanpa sebarang had waktu.
Katanya, bantuan BR1M itu juga mesti dibuat bukan sekadar bagi tujuan memancing undi dalam pilihanraya.
"Jangan ada had waktu di situ. Pada saya jelas sama ada nak pilihanraya ke atau apa ke, itu bukan persoalannya. Persoalannya setiap ketua isi rumah dan isi rumah yang punya pendapatan kurang RM3,000 maka mereka berhak," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan