Selasa, 21 Februari 2012

BN beri PPP 'kerusi maut' di Melaka

MALAYSIA KINI

Parti Progresif Penduduk (PPP) yang dianggap antara parti komponen BN paling lemah akan diberikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana di Melaka untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

kayveas ppp pc 120308 sullenMenurut presidennya Datuk M Kayveas (kanan), Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah bersetuju untuk menyerahkan kerusi itu yang sebelum ini diwakili parti Cina itu kepada calon partinya.

Pada pilihan raya umum 2008, kerusi DUN Kota Laksamana dimenangi DAP di mana calonnya Betty Chew menewaskan calon BN Lim Eng Teck dengan majoriti 3,642 undi.

Chew adalah isteri kepada setiausaha agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sebelum ini, calon MCA tidak pernah menang di DUN itu dan dipercayai BN langsung tidak mempunyai peluang merampas kerusi berkenaan.

Bagaimanapun, Bernama melaporkan Kayveas menganggap keputusan memberikan ‘kerusi maut’ kepada PPP itu melambangkan perpaduan di antara parti-parti komponen BN.

BN, katanya, bersedia memberikan kerusi milik mereka kepada calon parti lain yang diyakini mampu menang di kawasan tersebut.

dap melaka convention lim guan eng talking 191205"Inilah strategi Barisan Nasional (BN). Perkara ini bukan macam dulu. Dulu kalau ia adalah kerusi seseorang itu, dia tidak boleh bagi orang lain.

"Kita boleh buat begitu kalau kita tidak mahu menanglah. Kalau ada parti-parti yang masih degil, hendak kerusi, ia satu kesilapan yang besar untuk parti dia sendiri," katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PPP di Melaka, semalam.

Ditanya mengenai calon yang akan diletakkan di kerusi DUN Kota Laksamana itu, Kayveas berkata perkara itu akan diputuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila sampai masa nanti.

Sekiranya, perkara itu menjadi kenyataan, ini kali pertama PPP akan bertanding buat pertama kali di Melaka.

Tiada ulasan: