Sabtu, 18 Februari 2012

Anwar Ibrahim antara pemidato utama di PRWC Dubai

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah antara barisan individu berpengaruh yang bakal berucap di Persidangan Perhubungan Awam Sedunia (PRWC) ke-20 di Dubai, bulan depan.


Barisan 35 panel lain dari dunia politik, perhubungan awam dan media pada acara yang mengangkat tema “Dari Arab Street ke Wall Street, Komunikasi di Zaman Dialog,” ini antaranya adalah pakar perhubungan awam British, Lord Bell dan bekas pengarah Al-Jazeera, Wadah Khanfar.

Perkara itu dinyatakan Sunil John, Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran PRWC Dubai dan Ketua Pegawai Eksekutif Asda’a Burson-Marsteller, penganjur program dalam satu sidang media, Khamis lalu.

PRWC yang dianjurkan oleh International Public Relations Association-Gulf Chapter (IPRA-GC) dengan kerjasama Majlis Media Kebangsaan UAE ini akan diadakan di Hotel Grand Hyatt, Dubai pada 13 – 15 Mac ini.

Abdullah Jum’ah, mantan Presiden dan CEO Saudi Aramco akan menyampaikan ucaptama di persidangan ini nanti.

Jawatankuasa Penganjuran PRWC akan mengumumkan barisan panel yang kedua dalam masa yang terdekat.

Sekurang-kurangnya 500 profesional dalam bidang perhubungan awam akan menghadiri persidangan ini, di mana mereka berpeluang untuk menyertai bengkel latihan dan kelas Master, yang bakal mewujudkan satu platform berkesan dalam perkongsian maklumat dan pemindahan pengetahuan.

Tiada ulasan: