Khamis, 16 Februari 2012

Amrin dilantik semula ketua audit negara

MALAYSIA KINI
Tan Sri Ambrin Buang dilantik semula sebagai ketua audit negara untuk tempoh satu tahun mulai 23 Februari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini berkata, pelantikan itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

NONEAmbrin dilantik sebagai ketua audit negara untuk tempoh dua tahun mulai 23 Feb 2006.

Seterusnya beliau telah dilantik semula untuk tempoh dua tahun mulai 23 Feb 2008 hingga 22 Feb 2010 dan untuk tempoh dua tahun lagi mulai 23 Feb 2010.

"Pelantikan semula ini adalah memandangkan perkhidmatan Tan Sri Ambrin Buang sebagai ketua audit negara masih diperlukan," kata Mohd Sidek. Bernama

Tiada ulasan: