Jumaat, 24 Jun 2011

Karikatur: Muslimat PAS mahu Utusan diheret ke mahkamah

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Dewan Muslimat PAS pusat menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melakukan siasatan ke atas akhbar Utusan Malaysia berhubung karikatur yang disiarkan 15 Jun lalu, yang didakwa menghina Islam.

Sayap PAS itu juga mahu Jawi menyiasat pembabitan biro politik Umno dalam pengeluaran dan penerbitan karikatur tersebut.

Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof membuat gesaan tersebut selepas membuat aduan dan menyerahkan memorandum bantahan di pejabat Jawi pagi tadi.

Tiada ulasan: